Mengapa Buah Cili Busuk Sebelum Sempat Dituai

Pengalaman pertama menanam cili di halaman rumah sendiri adalah satu pengalaman yang mengujakan. Mungkin sebelum ini sudah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Buah Cili Mula Busuk Di Pokok
Buah Cili Mula Busuk Di Pokok

Pengalaman pertama menanam cili di halaman rumah sendiri adalah satu pengalaman yang mengujakan. Mungkin sebelum ini sudah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi. Ada pokok lecuh kepanasan, pokok cili mati kelayuan, dan sebagainya.

Apabila kena dengan cara dan sudah memahami kerenah pokok cili, akhirnya pokok cili berjaya hidup menanti masa mengutip hasil cilinya. Siapa tidak gembira kan? Hasil cili bakal dituai.

BACA: Bagaimana Menanam Cilibangi Dengan Panduan Yang Tepat

Buah cili diserang lalat buah di pokok
Buah cili diserang lalat buah di pokok

Sedang seronok melayan dan membelai setiap daun cili, tanpa disedari ada entiti yang berminat dengan kehijauan dan aroma buah cili yang sedang membesar. Serangga ini sangat rakus dan pantas dalam menyelesaikan misinya.

Pada awalnya, cili yang menghijau di pokok tadi lama kelamaan bertukar kekuningan di bahagian tangkai sebelum menjadi lembik kemerahan. Apabila dipicit, maka terburai segala isi cili tersebut dan dalam masa yang sama kelihat ada ulat yang mengeliat-liat melompat melarikan diri.

Fakta Serangga

Kenali Serangga Perosak Tanaman Cili #5:

a) Nama perosak : Lalat Buah (Bactocera spp.)

b) Bahagian Diserang : Buah.

c) Peringkat pokok diserang : Peringkat berbuah.

d) Simptom : Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah. Kelihatan beberapa ekor larva sedang bergerak-gerak di dalam buah. Buah menjadi busuk dan gugur.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

1. Buang dan bakar semua buah yang sudah busuk.

Ya, semua.

Ini untuk mengelakkan larva lalat buah yang menghuni di dalam buah tersebut lari dan bersembunyi di ruangan tanaman anda, yang akhirnya akan membesar menjadi lalat buah dewasa.

- Iklan -

Lalu, kitaran ini akan sentiasa begitu sekiranya tiada tindakan susulan dibuat. Kitaran hayat serangga sangat singkat, sesingkat (jentik-jentik) larva nyamuk menjadi nyamuk dewasa.

2. Sembur repellent pada pokok cili

Sembur pokok cili anda dengan semburan pencegah serangga Repellente 3 yang mampu mencegah seranggan lalat buah. Kekerapan semburan adalah bergantung pada keadaan cuaca, sekiranya hari ini hujan, esok anda perlu menyembur pokok.

Ini kerana sifat Repellente 3 ini bukan membunuh lalat buah tetapi sebagai lapisan pertahanan pokok cili yang menyebabkan lalat buah tidak gemar dengan pokok cili anda.

BACA: Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah

Lalat Buah
Lalat Buah

Adakah Pokok Saya Terjejas Dengan Serangan Lalat Buah?

Tidak.

Lalat buah tidak membawa sebarang penyakit, cuma peratusan serangannya lebih kepada merosakkan hasil cili. Belum sempat dituai sudah busuk dan lembik di pokok.

Lalat buah dewasa hanya menggunakan buah cili sebagai rumah tumpangan, host, atau inkubator untuk menyuntik telur mereka untuk kitaran generasi akan datang.

Buah cili akan menjadi makanan kepada larva yang telah menetas hasil suntikan lalat buah dewasa tadi.

Kitaran ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan dan kesedaran daripada penanam sendiri.

Saya Mahu Repellente!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Mahukah Tuan/Puan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 4 platform berikut:

Messenger

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.