5 Aktiviti Rutin Tanam Pokok Cili Yang Newbie Perlu Tahu
Ada 5 perkara yang biasa kita akan buat semasa menanam pokok cili.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Ada 5 perkara yang biasa kita akan buat semasa menanam pokok cili.
Semua aktiviti ini berkait rapat sama ada kita tanam cili secara fertigasi, atau tanam cili dalam pasu menggunakan medium tanah.
Dalam video ini kami terangkan secara ringkas dengan 5 perkara yang kita lalui iaitu
- Semaian anak pokok
- Pindah tanam anak pokok
- Pembajaan
- Kawalan serangga
- Pemberian bahan penggalak bunga dan buah (Booster).
1. Semaian
Untuk peringkat semaian ini, apa yang paling penting adalah pemilihan benih yang berkualiti dan ada harga di pasaran.
Perlu ada pengetahuan untuk pemilihan benih cili yang memenuhi keperluan pasaran, bukan tanam cili mengikut sesuka hati dan citarasa peribadi.
Boleh rujuk video semaian di link berikut: https://www.cilibangi.com/go/semaian-cili/
2. Pindah Tanam Anak Pokok Cili
Selepas proses semaian yang memakan masa sehingga 30 hari, kita akan melakukan proses pindah tanam anak pokok cili.
Kebiasaannya, waktu yang sesuai untuk kita buat pindah tanam anak pokok ini adalah pada waktu petang.
Seawal jam 3.30 petang kita sudah boleh mula pindah tanam pokok.
Mungkin ada yang tertanya apa alasan aktiviti pindah tanam dibuat pada waktu petang.
Tujuannya untuk memastika pokok tidak layu kekal akibat kepanasan pada waktu tengah hari seandainya pindah tanam dibuat pada waktu pagi.
Jadi, untuk mengambil langkah selamat, saya galakkan aktiviti pindah tanam dibuat pada waktu petang supaya pokok dapat berehat sebelum bekerja pada esok hari.
Pokok memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk menghasilkan makanan dan keperluan air yang mencukupi bagi mengelakkan kelayuan.
Tiada isu pokok akan rosak akibat panahan cahaya matahari 100% sekiranya pemberian air mencukupi.
Video pindah tanam anak pokok, boleh rujuk di link berikut: https://www.cilibangi.com/go/pindah-tanam/
3. Pembajaan
Pembajaan adalah aktiviti yang penting dalam pembekalan nutrien kepada pokok.
Bagi tanaman cili, tiada istilahTtanam Tinggal Tuai seperti tanaman lain. Ini kerana pokok cili memerlukan penjagaan rapi selepas pembajaan iaitu kawalan serangga.
Boleh rujuk artikel berikut untuk cara betul memberi baja NPK kepada pokok cili.
4. Semburan Kawalan Serangga
Jadi pada langkah 4 ini, ia juga sama penting seperti langkah ketiga.
Jika anda seorang pengusaha tanaman cili yang baharu sahaja sertai sektor pertanian, aspek yang paling penting dalam penyeliaan pekerja adalah pada peringkat semburan kawalan serangga.
Ada kisah yang dikongsi oleh beberapa teman, jika kita tidak membuat pemantauan, kebarangkalian untuk pekerja mengelat dari aktiviti semburan pokok ini sangat tinggi.
Jadi, rancang jadual kerja sebaiknya demi menjana pengeluaran hasil ladang yang tinggi.
Rujuk artikel berikut untuk cara-cara semburan kawalan serangga yang betul.
5. Semburan Booster
Semburan baja tambahan selain baja NPK atau baja AB juga adalah aktiviti rutin penanaman.
Kebiasannya bertujuan meningkatkan hasil tanaman dengan memastikan saiz buah, berat atau pun rasa dapat ditingkatkan daripada biasa.
Boleh rujuk artikel berikut untuk cara pembuatan Bio-Booster ini.
Ya, booster ini boleh dibuat sendiri dengan bahan asas yang biasa kita gunakan di rumah.
Berminat menyertai Speed Class Fertigasi Cilibangi?
Klik link berikut untuk daftar https://www.cilibangi.com/kelas-fertigasi/
Dapatkan produk cilibangi di https://shop.cilibangi.com/
Kongsikan video ini, supaya dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Saudara juga boleh rujuk artikel di bawah untuk Video semaian dan pemindahan anak pokok.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.