5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem (Semambu), Kawal Serangga Perosak Secara Organik
Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha yang telah dibuat untuk banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran kebun mini anda. Cara penyediaan ekstrak neem ini boleh diusahakan. #tanamcili #cilibangi
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Nota Editor: Buat mereka yang mencari-cari resepi penyediaan ekstrak neem/semambu, kami kongsikan bersama peminat setia DIY untuk mencuba resepi yang disediakan oleh Puan Salina Shamsudin. Artikel ini kami kongsikan bersama anda setelah mendapat keizinan daripada penulis.
BACA: Ektrak Semambu (Neem Oil) Bertindak Sebagai Anti Kulat Dan Penghindar Serangga
Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha yang telah dibuat untuk banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran kebun mini anda.
Fungsi Ekstrak Neem
Nah, resepi buat ekstrak daun neem ini juga mampu menghindar serangan serangga perosak yang merosakkan tanaman kesayangan anda. Dengan semburan kawalan serangga yang berjadual, masalah serangan serangga dapat dibendung dengan baik.
Resepi ini juga selamat digunakan untuk semua jenis tanaman, baik sayuran mahupun buah-buahan. Untuk perbincangan dan persoalan, anda boleh rujuk pada group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- 3 ranting (atau lebih) daun mambu. Jika ada buahnya masukkan juga.
- 5 sudu kecil bunga cengkih
- 500ml minyak masak
- Pendidih dua tingkat
Langkah Penyediaan:
1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus.
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu.
4. Biarkan ektrak minyak neem sejuk.
5. Tapiskan ke dalam botol simpanan.
Cara Penggunaan:
1 sudu makan minyak neem + 1 sudu makan cecair pencuci pinggan + 1 liter air, sembur pada tanaman yang kena serangan perosak. Perosak boleh dihapuskan dengan semburan minyak ini.
Kaedah dan Kekerapan Semburan:
Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara berkala, seminggu atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan.
Nota tambahan:
Minyak neem ini boleh dicampurkan dengan minyak serai wangi dan minyak bawang putih semasa penggunaan. Cara pembuatan minyak serai wangi dan bawang putih lebih kurang sama dgn cara membuat minyak neem, cuma bunga cengkih tak perlu dimasukkan.
Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?
Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.
Utk membuat minyak serai wangi bahagian apa yg digunakan? Adakah keseluruhan bhgn i.e btg dan daun? Atau btg sahaja?
Radzifah untuk minyak serai wangi gunakan gunakan keseluruhan bahagian pokok. Campurkan atau blendkan dengan minyak masak. Tidak ada sukatan tertentu.
terima kasih atas info.. tanaman saya selalu di serang. so sya akan cuba guna cara ni.
mangkuk 2 tingkat tu bawah isi air ke
encik syafiq mangkuk dibawah hendaklah diisi airnya sukatan sebanyak 1/3 daripada mangkuk tersebut
Apa fungsi minyak masak? Boleh dibuat tanpa minyak masak?
Tuan/Cik Puan Grim yang baik,
Minyak masak sebagai medium untuk mempercepatkan proses penghasilan ekstrak minyak neem.
Masak dengan pendidih 2 tingkat tu kukus ke..
Satu periuk di letakkan air dan atasnya diletakkan mangkuk yang mengandungi kesemua bahan yang diperlukan.
apa fungsi bunga cengkih dalam pembuatan minyak neem ini?
Bahan campuran ekstrak neem, yang berperanan sebagai anti kulat juga.
cilibangi ukm ,nak tanya blander sekali minyak ke?
Mayia Mamanyaii AS
Buat ni.
Share
Share