6 Pilihan Untuk Menghasilkan Kompos Yang Baik
Nombor #6 mungkin sesuai bagi mereka yang suka bercucuk tanam di kawasan bandar serta mempunyai ruangan terhad.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Nota editor : Nombor #6 mungkin sesuai bagi mereka yang suka bercucuk tanam di kawasan bandar serta mempunyai ruangan terhad.
Semoga kita dapat meningkatkan pengetahuan tentang penghasilan kompos dan boleh mencubanya sendiri.
#1 TONG BERTUTUP MEMASTIKAN KOMPOS KEMAS DAN RAPI
Tong bertutup biasanya diperbuat daripada plastik kitar semula dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Tong jenis ini merupakan pilihan untuk kompos sejuk yang sesuai bagi kawasan bandar dan pinggir bandar.
#2 LUBANG KOMPOS UNTUK SEMBUNYIKAN KOMPOS ANDA
Lubang atau parit digali untuk menimbus sisa sampah anda. Kemudian ditinggalkan supaya bahan organik dapat menguraikannya secara beransur-ansur dalam tempoh enam bulan hingga setahun. Kompos jenis ini sesuai untuk mereka yang mahu menghasilkan kompos yang terlindung dari penglihatan. Lubang yang digali boleh dimasukkan rumpai-rumpai yang telah anda cabut. Jangan risau kerana rumpai yang anda letakkan di dalam lubang tidak akan tumbuh semula kerana tiada sumber cahaya.
#3 TONG TERBUKA MENJADIKAN KOMPOS LEBIH MUDAH PANAS
Tong jenis ini biasanya menggunakan dawai atau kayu untuk mewujudkan kawasan yang kemas dan tersusun untuk mengumpul stok bahan organik anda. Tong terbuka memudahkan udara masuk dan keluar dan dapat mempercepat penguraian.
#4 TUMBLERS MERINGANKAN BEBAN UNTUK MENGALIH KOMPOS
Tumbler diperbuat daripada plastik dan adalah penyelesaian yang baik untuk anda yang mahu penggunaan buruh yang kurang. Tumbler diletakkan pada struktur sokongan yang memudahkannya untuk dialihkan. Anda perlu menambah tanah untuk campuran bagi meningkatkan kepelbagaian mikrob yang membantu dalam penguraian sisa bahan.
#5 CERUCUK MENGHASILKAN GANJARAN BESAR DENGAN KOS SIFAR
Cerucuk memerlukan landskap yang lebih besar, tetapi pembinaannya tidak seharusnya melebihi 5 kaki tinggi. Hal ini kerana, cerucuk yang dibina mungkin runtuh dan merosakkan pengudaraan yang membantu mempercepat proses pengkomposan.
#6 VERMIKOMPOS PALING SESUAI UNTUK KAWASAN SEMPIT
Vermikompos menggunakan cacing untuk penguraian. Sisa makanan ditimbus di bawah lapisan lembap kertas yang dikoyak, daun mati atau jerami. Ia adalah satu pilihan yang sangat baik bagi mereka yang tinggal di pangsapuri atau mempunyai ruang yang kecil.
Terdapat beberapa pilihan untuk menuai kompos siap. Kaedah yang paling mudah adalah mengalihkan semua kandungan ke sebelah tong. Kemudian, tambahkan sisa makanan baru dan kandungan lain ke bahagian kosong. Cacing akan bergerak ke arah sisa yang lebih baru dalam tempoh beberapa minggu. Anda akan dapat menuai kompos yang bebas cacing.
Untuk mengetahui perbezaan kompos panas dan kompos sejuk boleh baca di Fine Gardening – Hot Composting and Cold Composting
Kami kongsikan juga dua video berkaitan kompos yang menarik untuk ditonton.
Tong Kompos Dari Palet
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=JYUAXfVQFfM[/youtube]
Jenis-jenis Kompos Yang Boleh Dicuba
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=ZeMExm3QGyI[/youtube]
Sumber: Fine Gardening
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.