9 Tip Labur dan Lebur Agroprenuer Dalam Bisnes Pertanian

Sejak kegawatan ekonomi melanda negara kita, permintaan untuk konsultasi dan latihan kemahiran bagi memulakan projek pertanian semakin meningkat.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Saiz Cili Di Pasaran
Saiz Cili Di Pasaran

Artikel ini ditulis oleh Puan Sharifah Nur Rahimah dan asalnya telah diterbitkan di SekolahBisnes.net.

Sejak kegawatan ekonomi melanda negara kita, permintaan untuk konsultasi dan latihan kemahiran bagi memulakan projek pertanian semakin meningkat.

Saya melihat ada dua kumpulan yang mula mencari pendapatan alternatif dalam bidang pertanian.

Kumpulan pertama adalah individu-individu diberhentikan kerja, bersara atau masih bekerja tetapi mahu mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Kumpulan kedua adalah syarikat-syarikat yang mengalami kerugian atau pertumbuhan bisnes yang lembap terutamanya dari bidang ‘Oil & Gas’. Mereka akan segera mencari projek-projek pelaburan baru yang mempunyai cahsflow yang cepat seperti projek pertanian ‘cash-crops’.

Saya kongsi beberapa perkara atau tips untuk menceburi bidang pertanian atau agropreneur:

 

#1 – Pilih jenis tanaman yang mempunyai permintaan tinggi dan sentiasa tidak mencukupi di pasaran

Antara tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan bekalannya masih tidak mencukupi di Malaysia adalah sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar sara diri komoditi di antara 57-57.2 % (Sumber: Statistik Utama Pemasaran FAMA 2014).

Cover 9 Tip Labur & Lebur AgroprenuerKita masih banyak mengimport sebahagian sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memenuhi permintaan di pasaran tempatan. Ini turut menyumbang kepada peningkatan harga di pasaran.

 

#2 – Pilih jenis tanaman yang mempunyai tempoh penanaman yang singkat

Lagi cepat tempoh penanaman sehingga tuaian, lagi cepat duit pelaburan dapat berpusing.

Sayur-sayuran mempunyai tempoh penanaman yang singkat dan dipanggil ‘fast cash crops’.

Tempoh penanaman sehingga tuaian untuk sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi adalah purata 30 hari. Manakala bagi sayuran berbuah seperti cili adalah 6 bulan (tanaman secara fertigasi).

 

#3 – Kenalpasti channel pemasarannya sebelum penanaman bermula

Sebelum memulakan projek penanaman, agroprenuer perlu menentukan channel pemasaran bagi hasil tanaman nanti.

Mahu dijual di pasar borong, pasar tani, pasar malam, pasar basah, kedai runcit atau hypermarket. Setiap jenis channel pemasaran ini akan membeli hasil kita dengan harga dan terma yang berbeza. Perlu bertanya mereka dahulu atau kaji pasaran mereka untuk mengetahui sayuran jenis apa yang mereka mahukan.

Setiap jenis sayur mempunyai varieti benih yang berbeza. Lain channel, lain jenis sayuran yang diperlukan.

Seperti cili, ada jenis cili sesuai untuk pasaran segar, ada cili yang sesuai untuk pasaran makanan proses.

#4 – Kawal kos logistik dengan memilih lokasi channel yang berdekatan

Ini untuk mereka yang ingin memasarkan sendiri hasil tanaman mereka dari berurusan dengan orang tengah, FAMA atau pemborong.

Banyak kos boleh meningkat apabila tidak dikawal dan dirancang dengan betul. Kos logistik dapat dijimatkan apabila kita dapat mengenalpasti channel yang berhampiran atau projek tanaman diusahakan berhampiran dengan lokasi channel.

Selain itu, agroprenuer boleh mengurangkan kos logistik apabila bermain dengan ‘volume.’ Tetapkan volume minimum hasil tanaman yang perlu dibawa oleh sebuah lori 1 tan, 3 tan atau 5 tan untuk menampung kos logistik.

- Iklan -

Jika silap percaturan, anda boleh rugi walaupun hasil tanaman anda habis terjual.

 

#5 – Tetapkan fokus mahu sasarkan harga tinggi atau bekalan berterusan

Kita boleh sasarkan untuk menjual hasil tuaian ketika musim yang harganya tinggi.

Kebiasaannya, harga sayur-sayuran adalah tinggi di musim-musim perayaan. Waktu memulakan tanama dikira dari tarikh musim harga tinggi ke belakang.

Anda juga boleh fokus pada strategi untuk bekalan berterusan tanpa mengira turun naik harga pasaran. Strategi ini lebih mudah untuk mendapat kepercayaan dari pelanggan anda dengan bekalan yang sentiasa ada.

 

#6 – Sebagai orang baru, bermula kecil dahulu

Seandainya kita langsung tidak mempunyai pengalaman dan ingin mengusahakan sendiri tanaman, mulakanlah pada skala kecil dahulu. Fahami karakter tanaman, keperluan baja, kawalan penyakit dan lain-lain.

Bermula pada skala besar mendedahkan kita kepada risiko besar yang tidak diketahui. Apabila gagal, kita akan rugi besar dan mengambil masa untuk bermula kembali.

Bermula kecil meletakkan kita berada dalam risiko yang boleh dikawal. Rugipun masih boleh bangkit kembali dan mula semula. Apabila sudah yakin dengan pelaburan skala kecil yang sudah memberikan pulangan, kembangkan ke skala besar.

 

#7 – Mulakan tanpa pinjaman

Bermula dengan apa yang ada.

Walaupun dengan tanah sekangkang kera yang ada di belakang rumah, usahakan yang itu dahulu. Dengan itu, kita sudah menjimatkan kos sewa/pajak tanah.

Jangan mulakan bisnes pertanian dengan pinjaman. Bank-bank juga tidak memberi pinjaman kepada mereka yang ‘newbie’ tanpa cagaran tanah. Katakan kita membuat pinjaman dengan mencagarkan tanah, kemudia projek pertanian kita gagal, kita tidak mampu membayar pinjaman, tanah yang kita cagarkan akan diambil oleh bank.

 

#8 – Berkerjasama dengan rakan strategik

Sebenarnya, ada kaedah yang lebih cepat untuk kita masuk pada pelaburan skala besar, iaitu dengan bekerjasama dengan rakan strategik

Syarikat-syarikat besar kebiasaanya mempunyai aset tanah yang luas dan mendapat fasiliti daripada bank.

Apabila mereka mahu menceburi bidang pelaburan baru, mereka akan mengenalpasti siapa yang pakar dalam industri tanaman tersebut dan menawarkan peluang kerjasama.

Sebagai agroprenuer yang sudah berpengalaman, kita boleh tawarkan diri sebagai orang yang berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan mereka. Ini akan mengelakkan kita membuat pinjaman bank.

 

#9 Mengurus agrobisnes gaya korporat, bukan gaya tauke

Pengurusan bisnes gaya tauke (one man show) menyebabkan syarikat sukar berkembang. Bisnes gaya tauke menjadikan kita penat dan lelah.

Rancang perniagaan pertanian yang kecil itu secara bersistem yang akan membesar di kemudian hari boleh dibesarkan. Walaupun masih kecil, urus perniagaan anda seperti syarikat korporat besar. Wujudkan sistem dan SOP untuk setiap urusan penanaman sehingga kepada pemasaran.

Ini juga memudahkan kita untuk mendapatkan sijil MyGAP, iaitu pengiktirafan kepada amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practice).

Apabila kita mempunyai tim yang memastikan syarikat berjalan dengan baik, kita dapat menggunakan masa kita untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih strategik.

Melabur dalam bisnes pertanian tanpa perancangan betul boleh menjadikan perlaburan anda lebur. Dapatkan sebanyak maklumat yang boleh sebelum membuat keputusan pelaburan dalam bisnes pertanian.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.