Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Kali ini kami kongsikan resepi sahur yang seterusnya iaitu TELUR BUNGKUS.
Resepinya simple sahaja tapi hasilnya memang yummy. Kalau makan time panas-panas lagi best. Kalau dah tak tahu nak masak apa untuk sahur, boleh lah cuba resepi ni. Kali ini kami kongsikan video cara memasak TELUR BUNGKUS.
Jom cuba.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 250 g isi ayam – dipotong dadu
- 150 g sayur campur (mix veggie)
- 7 ulas bawang merah – dikisar
- 1 ulas bawang putih – dikisar
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Garam dan gula
Cara-cara (inti ayam)
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
4. Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
Cara-cara (telur bungkus)
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
3. Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
4. Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
5. Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.
Sumber resepi : Dapur Malaysia
Kali ini kami kongsikan video cara memasak telur bungkus.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.