Kenapa Lelaki Ini Bersungguh Mengajak Anda Memakan Makanan Organik

Menurut beliau “ Di Hawaii, 80 ke 90 peratus makanan kita adalah makanan import. Kenapa kita kena mengambil makanan dari luar sedangkan kita boleh menanamnya sendiri?”

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI


Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di dalam Rodale News, dan kami ingin kongsikan di sini agar kita juga tahu kenapa perlu memakan makanan yang baik sumbernya.

Jack Johnson seorang pemuzik yang minat terhadap hasil organik, dan bergerak aktif melalui badan NGO, Kokua Foundation yang beliau tubuhkan sendiri. Anda pasti tertanya-tanya kenapa dan mengapa kan? Ikuti perbualan bersama RN di bawah.

Semoga artikel ini bermanfaat buat sidang pembaca.

Jack Johnson hanya memakan makanan organik ( juga ketika beliau mengadakan jelajah) Foto: Big City Pictures
Jack Johnson hanya memakan makanan organik ( juga ketika beliau mengadakan konsert jelajah) Foto: Big City Pictures

“Kita adalah dari apa yang kita makan, jadi kita perlu ambil tahu mengenai apa yang kita makan” – Jack Johnson

Kita semua mungkin menganggap Jack Johnson mempunyai personaliti yang kebanyakannya ada pada penyanyi atau penulis muzik folk-rock iaitu berimej santai, tenang serta agak kasual.

Tetapi apabila berkaitan dengan makanan, penyanyi yang berasal dari Hawaii ini agak ambil berat mengenainya. Menurut beliau “ Di Hawaii, 80 ke 90 peratus makanan kita adalah makanan import. Kenapa kita kena mengambil makanan dari luar sedangkan kita boleh menanamnya sendiri?”

Tambahan pula, kebanyakan makanan hasil tanaman di Hawaii sedang di ancam untuk pengubasuaian genetik atau dikenali sebagai GMO (genetically modified organisms). Contoh pertanian GMO di Hawaii adalah betik, jagung dan soya.

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, Jack menubuhkan Kokua Foundation bagi memberi peluang terutama pada golongan kanak-kanak untuk sama-sama telibat dengan gerakan makanan tempatan.

Gerakan ini juga mula menjadi pentunjuk kepada golongan dewasa untuk aktif atau mengambil bahagian dalam sistem pemakanan mereka. Ikuti temu bual bersama Jack Johnson mengenai GMO, organik, dan berkebun ketika Festival Farm Aid 2012.

* RN: Rodale News
* JJ: Jack Johnson

Jack Johnson dan sayuran organik. Foto: Bonappetit
Jack Johnson dan sayuran organik. Foto: Bonappetit

RN: Anda asalnya merupakan seorang peluncur, dan anda telah menjadi aktivis yang kuat menuntut air yang bersih, serta menolong persatuan kebajikan seperti Waterkeeper Alliance dan Surf Rider Foundation. Kenapa anda membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam gerakan makanan ini?

- Iklan -

JJ: Pada asalnya saya dan isteri saya melibatkan diri dalam Kokua Foundation adalah untuk membuat program kitar semula disekolah-sekolah Hawaii. Tetapi ada satu masalah yang paling utama di Hawaii ialah kebanyakan makanan disini 80-90 peratus adalah makanan import.

Kami cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya bagi kanak-kanak dekat pada makanan pada umur yang masih lagi muda. Aktiviti seperti lawatan ke kebun hanyalah untuk memberi pendedahan yang asas kepada mereka supaya mereka boleh nampak dan fikir kenapa kita berharap terlalu banyak keapda makanan luar sedangkan kita mampu untuk bercucuk tanam disini.

Q: Adakah anda mempunyai sebuah kebun organik?

JJ: Ya, semuanya organik. Ia tidaklah seberapa mengkagumkan, cuma kebun kecil luar di rumah kami. Ia membesar juga walaubagaimanapun; saya ada juga membuat pondok kecil disitu. Apabila saya sedang membuat siri jelajah, kadang-kadang saya boleh mengajak rakan saya untuk beristirehat, pada masa yang lain ia dibiarkan sehingga rumput naik dan saya harus mencantas semula.

Q: Di dalam kebun organik anda, apakah benda yang menjadi kegemaran anda yang membesar atau bertumbuh disitu?

JJ: Saya ada menanam sesuatu yang dipanggil kalo di Hawaii; ataupun dipanggil keladi. Saya juga ada menanam kubis, sayur-sayuran berdaun (swiss chard), brokoli, bayam, pokok tomato, daun salad, dan kubis cina(bok choy). Saya mempunyai banyak rakan-rakan yang bekerja sebagai petani organik di Hawaii. Kebanyakkan tanaman permulaan atau biji benih, mereka berikan sedikit kepada saya.

Q: Adakah anda ada memakan sumber makanan secara mentah dari tanaman anda?

JJ: Ya, saya memakannya secara mentah, tetapi dengan berlainan cara penyediaannya. Kanak-kanak yang selalu datang ke sini kebanyakannya juga memakan secara mentah selepas memetik. Saya sentiasa mengingatkan, pastikan tiada lintah bulan pada tanaman itu sebelum dimakan.

Jack Johnson dan sayuran organik. Foto: Bonappetit
Jack Johnson hanya berkaki ayam bersama sayuran organik. Foto: Bonappetit

Q: Adakah anda seorang vegetarian?

JJ: Saya cuba untuk makan secara vegetarian selagi mana yang saya mampu- kadang-kadang saya akan berada di Jerman ataupun Barcelona dan dijemput untuk makan malam. Saya cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan, dan kemudian kami akan membeli belah makanan vegetarian sepanjang masa.

Q: Adakah anda menyokong Prop 37 Hak untuk Tahu inisiatif pelabelan GMO di California?

JJ: Saya fikir orang awam mempunyai hak untuk tahu apa yang di dalam makanan mereka. Saya semestinya akan menyokong Prop 37 dan juga idea “kita adalah apa yang kita makan”, jadi kita mestilah kena tahu apa yang kita makan.

Kita semua mempunyai hak untuk tahu apa yang ada di dalam makanan kita. Apabila kita melihat kembali dimana Kesatuaan Eropah (EU) telah membuat pengharaman GMO sepenuhnya, saya fikir setidak-tidaknya kita perlu tahu apakah yang kita makan sekarang ini adalah GMO( genetically modified organisms).


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.