Juadah Berbuka Tiramisu Espresso

Selepas kurma/tamar, pasti kita menjamah pelbagai juadah yang berat-berat untuk kembali bertenaga menunaikan sunat terawikh selepas fardhu isya’.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pencuci mulut semasa berbuka: TIRAMISU ESPRESSO

Selepas kurma/tamar, pasti kita menjamah pelbagai juadah yang berat-berat untuk kembali bertenaga menunaikan sunat terawikh selepas fardhu isya’. Jom jadikan tiramisu espresso sebagai pencuci mulut semasa berbuka.


Bahan-bahan:

- Iklan -

100g dark chocolate
2 sudu besar air bancuhan espresso (atau apa-apa kopi yang anda suka)
1 sudu besar butter
2 biji kuning telur
4 sudu kecil gula
2 sudu besar mascarpone cheese (guna creamcheese pun boleh)
3/4 cawan whipping cream

Cara-cara:

  1. Didalam mangkuk besi/kaca, menggunakan double boiler, letakkan espresso/kopi, butter dan coklat kedalamnya. Biarkan 2-3 minit. Bila coklat dah cair, barulah dipukul sebati. Angkat dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk besi/kaca yang lain, masukkan gula dan kuning telur. Gunakan kaedah double boiler juga dan whisk kan sehingga kuning telur menjadi pucat dan gebu. Pastikan sentiasa whisk supaya telur tak menjadi berketul-ketul. Bila sudah kembang dan likat, angkat dan campurkan ke dalam adunan coklat tadi. Whisk kan sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
  3. Di dalam mangkuk lain, putarkan whipping cream (yang baru dikeluarkan dari peti ais) dan pukul sehingga kental. Jangan over-whisk sebab nanti whipping cream akan berketul. Just nice ye.
  4. Masukkan separuh cream kedalam adunan coklat tadi dan kaup balik adunan sehingga sebati. Masukkan lebihan cream tadi dan kaup balik lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam piping bag (nak terus sudukan kedalam mangkuk pun boleh, ikut citarasa) dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai. Wrap-kan dan masukkan kedalam peti ais selama 2-3 jam utk membeku sebelum dimakan. Ditabur di atasnya dengan cocoa powder semasa menghidang. Kalau nak tabur almond atau apa-apa kacang pun sedap juga. Ada lah unsur-unsur crunchy kat situ kan. 🙂

Sumber : Aku Bukan Master Chef


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.