Slot DIY: Kenapa Tanaman Bekas Anda Layu Walaupun Disiram?

Penyiraman yang dilakukan pada waktu tengahari akan meningkatkan kadar kehilangan air dengan cepat kerana cuaca panas ketika itu.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Kenapa Tanaman Bekas Anda Layu Walaupun Disiram?
Kenapa Tanaman Bekas Anda Layu Walaupun Disiram?

Tanaman bekas atau container garden anda menjadi layu walaupun telah disiram air.

Sepatutnya tanaman di dalam bekas atau pasu memudahkan anda untuk aktiviti penyiraman kerana jumlah tanaman yang lebih kecil.

Hal ini mungkin terjadi kerana kuantiti air siraman yang tidak mencukupi atau berlebihan.

Pastikan kuantiti air yang betul mengikut jenis tanaman anda. Selain itu, waktu penyiraman turut mempengaruhi keadaan tersebut.

Tumbuhan dalam pasu/bekas kering dengan lebih cepat daripada tanaman di atas tanah.

Secara umum, awal pagi atau petang adalah masa optimum untuk menyiram tanaman anda.

BACA: Bagaimana Membuat Pengairan Titis Dengan Bahan Terbuang Di Rumah Anda

- Iklan -

Penyiraman yang dilakukan pada waktu tengahari akan meningkatkan kadar kehilangan air dengan cepat kerana cuaca panas ketika itu.

Pertumbuhan pokok akan terjejas jika disiram ketika cuaca panas.

Langkah lain untuk mengelakkan tanaman dalam bekas anda layu adalah sediakan bekas yang mempunyai siraman sendiri/automatik.

Waktu penyiraman mungkin nampak remeh, namun ia akan menentukan sama ada tanaman anda terus hidup atau mati.

NOTA: Kaedah ini tidak sesuai digunakan pada tanaman cili, namun sesuai untuk tanaman herba dan sayuran berdaun.

Bacaan Tambahan : Gardening Know How

Adakah artikel ini membantu anda dalam menjawab Kenapa Tanaman Bekas Saya Layu Walaupun Disiram? Kongsikan bersama teman anda dan isi ruangan komen atau hantar e-mail kepada kami untuk pertanyaan lanjut.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.