Kenali Virus Mozek Tembakau dan Virus Mozek Tomato
Kedua-duanya menjangkiti cili, tomato, kentang dan beberapa lagi hos termasuk rumput. Kesemua peringkat pertumbuhan boleh terjejas.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Virus Mozek Tembakau dan Virus Mozek Tomato (TMV dan ToMV)
- Jangkitan mekanikal oleh Tobamoviruses
- Didapati diseluruh kawasan
- Sumber : World Vegetable Center
TMV dan ToMV berkait rapat antara satu sama lain. TMV mempunyai jarak hos yang lebih luas, tetapi lebih kerap berlaku pada tomato daripada tembakau.
Kedua-dua virus ini menjangkiti cili, tomato, kentang dan beberapa lagi hos termasuk rumput. Kesemua peringkat pertumbuhan boleh terjejas.  Simptom-simptomnya seperti nekrosis pada mana-mana bahagian tumbuhan, perontokan, simptom mozek pada daun, batang dan buah-buahan.
Umumnya, pokok-pokok yang dijangkiti mempunyai mozek klorotik dengan kerosakan pada daun muda dan pertumbuhan yang terencat. Â Daun yang terjejas teruk akan terherot/kerekot atau mempunyai nekrosis padanya. Kemudian daun akan menjadi layu dan jatuh.
Buah yang tejejas sangat sedikit dan boleh menjadi rosak dengan mempunyai klorotik atau nekrotik padanya. Pada pokok cili, simptom yang berlaku lebam pada daun dan hijau gelap pada dedaun, buah-buahan tidak masak dengan sekata dan saiz buahnya mengecil.
Keadaan untuk Penyakit Berkembang
Kedua-dua virus boleh merebak dengan cepat dengan hanya menjangkiti beberapa anak pokok sahaja. Sebaran virus ini berlaku dengan cepat disebabkan oleh penghantaran mekanikal virus oleh pekerja di tangan yang tercemar, pakaian, dan alat-alat semasa operasi rutin seperti perpindahan, mengikat, pemangkasan, cantuman, penanaman, penyemburan, menyiram, pengambilan hasil tanaman.
Sumber-sumber lain untuk virus adalah termasuk dengan spesies rumput yang dijangkiti dan pengairan air (irrigation). Penyebaran sekunder untuk kedua-dua virus ini adalah dengan menggunakan seranggan seperti belalang, mamalia kecil dan burung. Produk tembakau yang di gunakan untuk merokok dan pokok tembakau yang dijangkiti TMV juga adalah satu lagi sumber virus.
Virus ini mempunyai kestabilaan atau tempoh hayat yang lama sekiranya diletakkan di bawah keadaan permukaan serta boleh bertahan dalam serpihan pokok didalam tanah kering selama 2 tahun atau di dalam tanah lembab selama 1 bulan atau serpihan akar di dalam tanah kosong selama 22 bulan.
Ia juga boleh berterusan dalam persekitaran rumah hijau untuk jangka masa yang lama. Anak benih yang baru ditanam di tanah yang tercemar boleh dijangkiti melalui luka kecil disebabkan oleh kerosakan mekanikal semula jadi untuk akar.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.