Anak Anda Tak Suka Makan Sayur? Ini Yang Perlu Anda Lakukan!

Kongsikan minat anda itu bersama anak-anak anda. Biarkan mereka merasai sendiri pengalaman berkebun.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Anak anda tidak suka makan sayur dan anda seorang yang suka bercucuk tanam? Jadi kongsikan minat anda itu bersama anak-anak anda. Biarkan mereka merasai sendiri pengalaman berkebun.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya!

Biarkan mereka menyedari bahawa menanam sayur-sayuran mereka sendiri adalah cara yang bijak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat.

 

Ajak Anak Anda Berkebun Bersama
Ajak Anak Anda Berkebun Bersama

Apa Yang Anda Boleh Rancang Dan Buat Untuk Berkebun Bersama Si Cilik :

  1. Mula dengan kecil-kecilan. Ianya akan memudahkan anda dan anak anda mengawasi setiap perkembangan tanaman. Selain menanam secara terus di atas tanah, anda boleh mengajar anak anda untuk menanam bunga atau sayur-sayuran di dalam bekas.
  1. Mengikut kehendak anak anda. Jika anda tidak pasti apa yang ingin ditanam, bawa anak anda bersama ke kedai dan biarkan mereka memilih benih sendiri. Pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah benih yang mempunyai tempoh bercambah yang agak cepat.
- Iklan -

  1. Membeli peralatan berkebun bersaiz mini. Sediakan peralatan yang kecil dan mudah digunakan oleh anak anda. Pastikan peralatan yang digunakan selamat untuk kanak-kanak. Peralatan seperti kanta pembesar dapat membantu anak anda memerhati perkembangan biji benih yang ditanam.
  1. Jangan takut untuk mencuba. Sesetengah tanaman mungkin berkembang bersama rumpai, yang lain mungkin disekat oleh rumpai. Lakukan eksperimen sains dalam kebun bersama anak anda, di mana mereka boleh membandingkan apa yang akan berlaku daripada setiap tindakan yang dilakukan. Ajar anak anda supaya tidak mudah berputus asa.
  1. Jadikan ia menyeronokkan. Jangan samakan aktiviti berkebun dengan membuat kerja rumah. Teroka apa yang ada dalam kebun anda bersama mereka.
  1. Ruang terhad? Tiada masalah. Gunakan ruang yang ada pada balkoni rumah anda untuk bercucuk tanam bersama anak anda. Tanam bunga atau sayur-sayuran yang kecil di dalam pasu/pot. Tambahkan sedikit hiasan taman untuk menambah minat mereka.

Sumber :

  1. https://www.pbs.org/parents/special/article-earthday-gardening-with-kids.html
  2. https://www.stonyfield.com/blog/5-easy-tips-for-organic-gardening-with-kids/
  3. https://theartofsimple.net/garden-with-your-kids/
  4. https://www.thepurposefulmom.com/2013/04/4-simple-tips-for-getting-your-child.html

 


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.