Sayur-sayuran Ini Kurang Dikenali, Pernahkah Anda Menjumpainya?
Sanggupkah anda menikmatinya jika rupanya sedikit berlainan berbanding sayur-sayuran yang lain?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Video di bawah memaparkan 10 sayur-sayuran yang kurang dikenali. Yang mana satu pernah anda lihat dan adakah anda tahu ianya boleh dimakan? Sanggupkah anda menikmatinya jika rupanya sedikit berlainan berbanding sayur-sayuran yang lain?
10. Â Kohlrabi : Kohlrabi adalah salah satu famili kubis liar. Sebahagian besar ditanam dan dimakan di negeri Kashmir India. Ia boleh dimakan secara mentah. Ia menjadi pilihan bagi orang-orang yang mencari makanan rendah kalori, sumber tenaga yang tinggi dan dapat membantu pencernaan.
9. Â Sunchoke : Sunchoke berasal daripada Amerika Utara, dari famili bunga matahari. Sayuran ini boleh menjadi salah satu ubat terbaik untuk penyakit kencing manis. Sunchoke merupakan sayuran yang bebas kolesterol dan hanya mengandungi sedikit lemak. Kehadiran vitamin A, vitamin C, vitamin E bersama-sama dengan karotin memberikan perlindungan terhadap kanser.
8. Â Noples : Noples sebenarnya berasal daripada tumbuhan kaktus berduri dan selepas penyingkiran duri pada bahagian berisi kaktus, ia boleh dimakan. Salad dan sup yang mengandungi noples boleh meningkatkan imuniti anda. Rasanya seperti kekacang dan mempunyai kandungan kalori yang rendah.
7. Â Yardlong : Yardlong berasal dari kawasan panas di Asia Tenggara. Tidak seperti tanaman kekacang yang lain, tumbesaran yardlong secara memanjat adalah cepat dan singkat. Yardlong menjadi sumber serat larut dan tidak larut, yang mana mencegah elemen penyebab kanser dalam darah.
6. Â Dulse : Dulse sebenarnya adalah rumpai laut merah yang ditemui di pantai Atlantik dan Lautan Pasifik. Ia dipanggil sayuran laut. Dulse mempunyai 30 kali lebih kalium berbanding pisang. Sayuran ini baik untuk anda yang mempunyai penyakit buah pinggang. Pengambilan dulse dalam diet harian dapat membantu mengelakkan pertumbuhan sel yang tidak sihat.
5. Â Samphire : Samphires tumbuh di kawasan yang berbatu dan kaya dengan garam pada kawasan laut, di mana sayuran lain tidak akan tumbuh. Ia juga dikenali sebagai jeruk laut kerana kandungan garam yang tinggi. Ia sering digunakan terutamanya untuk membuat salad dan bersama dengan hidangan ikan yang berbeza-beza.
4. Â Saderi : Sayuran akar ini berasal dari Eropah Utara. Ia boleh menjadi alternatif terbaik untuk kentang kerana mengandungi sangat sedikit kanji. Ia mengandungi mineral seperti fosforus, besi, kalsium dan mangan, mencegah anaemia dan seimbangkan metabolisme tulang. Selain itu, ia juga mampu meningkakan jisim tulang di dalam badan.
3. Â Oca : Sayuran akar ini juga dikenali sebagai keladi New Zealand selepas diperkenal pada 1880 dari Amerika Selatan. Apabila dicampur sekali dengan salad ia memberikan bau yang menyenangkan, lebih manis daripada kentang. Ia boleh dimakan mentah bersama garam.
2. Â Fiddleheads : Fiddleheads juga dikenali sebagai pakis burung unta dalam Amerika Syarikat Selatan. Perlu diingat, tidak semua sayuran famili fiddleheads boleh dimakan. Terdapat yang mempunyai racun dan tidak boleh dimakan. Sebenarnya fiddleheads tidak dapat ditanam, hanya dapat dituai kerana ia adalah sayuran yang sukar didapati. Fiddleheads ini mempunyai sifat antioksidan dua kali ganda daripada bluberry.
1. Â Romanesco : Romanesco merupakan bunga yang boleh dimakan dari family keluarga kubis bunga. Ia berasal dari Itali. Ia mempunyai corak pertumbuhan yang unik. Sebenarnya pilin di bahagian atas romanesco menyerupai siri Fibonacci. Kehadiran zink dalam sayuran ini sangat membantu bagi orang yang kehilangan deria rasa. Bunga yang boleh dimakan ini merupakan sumber vitamin C, vitamin K dan serat yang tinggi.
Sumber :Â The Mysterious World
#Tanamsayur #Tanamcili #Cilibangi
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.