Lihat Simptom Virus Atau Kurang Kalsium Pokok Cili
Biasa terdapat salah faham dalam mengenali simptom virus ini dan dengan perkongsian ini diharapkan dapat memudahkan penghasilan sesebuah keputusan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Saudara yang baru mula belajar menanam cili pasti bimbang dan khuatir jika pokok kelihatan sakit dan seakan menunjukkan simptom virus.
Di dalam video kali ini, kami berkongsi pada saudara berkenaan perbezaan simptom daun kerinting disebabkan virus dan juga kerinting disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Kita perlu kenal pasti gejala tersebut bagi mengelakkan berlakunya situasi yang tidak terkawal seperti perebakan penyakit kepada pokok yang sihat.
Simptom Virus Dan Normal
Di dalam artikel Cara Mengurus Tanaman Cili Yang Diserang Kerinting kami ada kongsikan aktiviti yang biasa kami lakukan dalam rutin SOP penanaman cilibangi.
Disiplin Penanaman Cili
Dalam artikel lain saya ada sebutkan bahawa penanaman cili ini tidak boleh menggunakan kaedah 3T : Tanam, Tinggal & Tuai.
Perlu ada disiplin penjagaan pokok seperti pembuangan daun tua, semburan kawalan serangga berkala dan berjadual seperti Repellente dan lain-lain.
Biasa terdapat salah faham dalam mengenali simptom ini dan dengan perkongsian ini diharapkan dapat memudahkan penghasilan sesebuah keputusan sama ada perlu dibuang atau disimpan pokok tersebut.
Baca juga artikel kami berkenaan cili kerinting dan pengurusannya di bawah:
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.