10 Pelajar Sekolah Belajar Usahakan Penanaman Cili Secara Kecil-kecilan

Projek ini menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menggunakan medium tanah, polibag dan baja kimia. Baja yang digunakan adalah baja NPK daun (15:15:15) dan baja NPK buah (12:12:17).

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pada 2 hingga 3 Ogos 2016 yang lepas, wakil dari Serotech Sdn. Bhd. telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong di Jeniang, Kedah untuk aktiviti penanaman cilibangi secara konvensional. Pelajar sekolah ini telah menjalani latihan belajar tanam cili di Serotech Education Farm.

Seramai 10 orang pelajar yang dipilih bagi menjalankan projek ini. 10 orang pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak berminat dalam akademik dan tidak suka hadir ke sekolah.

Namun, atas inisiatif guru sekolah dengan bantuan HALUAN, program ini dijalankan untuk memastikan mereka hadir ke sekolah. Dalam masa yang sama memantau perkembangan harian pokok-pokok cili yang di tanam.

 

Aktiviti mengadun medium tanaman.
Aktiviti mengadun medium tanaman.

 

Aktiviti mengisi medium tanah campuran 3:2:1 ke dalam polibag.
Aktiviti mengisi medium tanah campuran 3:2:1 ke dalam polibag.

Projek ini menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menggunakan medium tanah, polibag dan baja kimia. Baja yang digunakan adalah baja NPK daun (15:15:15) dan baja NPK buah (12:12:17).

Projek dimulakan dengan penyediaan tapak dengan memasang weedmat sepanjang 60 kaki secara memanjang di belakang kawasan sekolah oleh 3 orang pelajar yang terlibat.

Weedmat cegah rumput liar

Saiz ini mampu memuatkan 60 polibag dengan kelebaran weedmate hampir 6 kaki. Weedmat ini digunakan untuk mengelakkan rumput liar daripada tumbuh dan menganggu sekeliling polibag.

Tidak perlu diracun atau dimesin rumput. Paling penting tidak menakung air.

 

20160802_103020
Menyusun Polibag di atas lapisan Weedmate.

Pelajar yang selebihnya terlibat dalam mengisi tanah yang dicampur dengan bahan-bahan organik seperti Cilibangi Food Diet (CFD) ke dalam 60 unit polibeg.

Seterusnya, proses pindah tanam anak pokok cili dilakukan oleh para pelajar dengan tunjuk ajar Tuan Ahmad Fikri Bin Mastor, selaku salah seorang Konsultan di Serotech Sdn Bhd.

Pemindahan anak pokok ini perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan simptom pokok layu. Sebaiknya proses pindah tanam ini dilakukan pada waktu petang. Pelajar kemudiannya menyiram anak pokok yang telah dipindahkan.

Setiap pelajar bertanggungjawab untuk menjaga 6 anak pokok seorang sehingga pokok cili membuahkan hasil. Setiap polibeg juga dilekatkan nama setiap pelajar bagi melihat pretasi dan sikap tanggungjawab pelajar dalam menjaga pokok masing-masing.

 

IMG-20160802-WA0022
Pindah tanam anak pokok.

Setelah itu, pelajar yang terlibat diberi taklimat oleh Tuan Ahmad Fikri Bin Mastor mengenai perkara-perkara penting yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar.

Antara perkara-perkara yang ditekankan dalam taklimat tersebut adalah rutin-rutin harian seperti siraman pokok, cara-cara dan tempoh membaja, langkah-langkah kawalan serangga dan bahan-bahan yang digunakan seperti repellente 1, produk bio-killa dan liguano X.

- Iklan -

Perkara lain yang disampaikan juga adalah mengenai sistem sokongan dan tindakan yang perlu dilakukan apabila tiba musim menuai.

Keesokan harinya, para pelajar diajar cara-cara membancuh kawalan serangga dan teknik penyemburan. Para pelajar diberi peluang untuk melakukan penyemburan sendiri bagi memastikan mereka faham akan cara-cara penyemburan yang betul.

Setelah itu, pemasangan sokongan menggunakan buluh dilakukan, sokongan ini dipasang bersebelahan dengan anak pokok dengan jarak lebih kurang setengah jengkal.

Tujuan sokongan dilakukan adalah untuk memastikan anak pokok tidak rebah apabila mula membesar dan berbuah.

Taklimat kedua telah diberikan dan difokuskan kepada golongan pendidik di sekolah tersebut.

Guru belajar tanam cili

Tujuan utama taklimat ini dilakukan adalah untuk mendedahkan golongan pendidik di sekolah ini mengenai sistem fertigasi, produk-produk yang terdapat di Serotech Sdn. Bhd. dan juga mengenai tanaman cili ini.

Pendedahan mengenai penyakit turut disampaikan.

Dalam masa yang sama, taklimat ini turut memberi pendedahan kepada apa yang dilakukan oleh anak didik mereka dan hal ini akan memudahkan para pendidik untuk memantau segala tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini.

IMG-20160804-WA0006
Taklimat bersama guru sekolah.

Dalam program ini, pihak HALUAN ingin melihat prestasi pelajar di peringkat praktikal ini setelah sebulan menjalani latihan di Serotech Education Farm.

Seandainya pelajar-pelajar ini berjaya melepasi penanda aras yang ditetapkan, kemungkinan besar akan dibantu untuk mengusahakan skala besar menggunakan sistem fertigasi.

Besar harapan guru-guru, ibu bapa yang mahu melihat anak-anak ini berjaya meskipun tidak berminat dalam bidang akademik.

Doakan pelajar-pelajar ini berjaya ya!

BACA: 23 Langkah Bina DIY Mini Fertigasi di Rumah Atau Sekolah

Mahu mendapatkan set mini fertigasi di rumah atau di sekolah?

Tuan dan Cik Puan boleh mendapatkan set mini fertigasi ini melalui e-kedai kami. Klik e-Kedai Cilibangi untuk mendapatkan set tersebut.

Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda sebaik mungkin.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.