3 Langkah Menghindar Kesan Bahaya Semut Charlie Pada Manusia

Serangga perosak tanaman yang sangat rakus menyerang tanaman dan menyebabkan penyakit berada di persekitaran rumah itu sudah cukup mengoyahkan perasaan kita, apatah lagi jika ada serangga yang mampu mencetus alergi turut berkeliaran di laman rumah kita.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Bagi peminat tanaman kecil-kecilan di rumah, kita biasa berjumpa pelbagai jenis serangga yang baik seperti kumbang kura-kura dan juga serangga-serangga lain yang bersifat perosak kepada tanaman.

Serangga perosak tanaman yang sangat rakus menyerang tanaman dan menyebabkan penyakit berada di persekitaran rumah itu sudah cukup mengoyahkan perasaan kita, apatah lagi jika ada serangga yang mampu mencetus alergi turut berkeliaran di laman rumah kita.

Mungkin serangga ini biasa kita lihat, tetapi kita tidak tahu serangga ini mampu memberi kesan buruk apabila bersentuhan pada permukaan kulit.

Baca butiran lanjut di bawah berkenaan bahayanya semut charlie ini pada manusia. Penulis adalah seorang Pakar Kecemasan dan Trauma, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir.

* * *

Semut Charlie (lihat gambar) banyak terdapat di negara kita. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Rove’s beetle.

Ia biasa hidup di tempat-tempat yang lembab tetapi apabila musim hujan/tengkujuh atau banjir ia mungkin akan pindah ke tempat lain yang lebih kering. Ia kelihatan seperti semut dan pada waktu malam, ia akan mencari tempat-tempat yang terang.

Berbeza dengan tanggapan umum, semut Charlie *TIDAK MENGGIGIT ATAU MENYENGAT*. Sebaliknya, darah/bendalir badannya adalah sangat toksik. Toksin ini dinamakan pederin dan akan menyebabkan kesan keradangan pada kulit dan mata jika terkena.

Jika kita memijak atau menepuk semut ini, badannya akan hancur dan toksin dari darahnya akan terkena pada kulit kita. Ia juga boleh mati dengan kita menepuknya seperti membunuh nyamuk.

Kanak-kanak juga mungkin akan tertarik pada semut ini kerana warnanya yang merah dan hitam seperti Manchester United. ?

Penunggang motosikal boleh terkena toksin semut charlie apabila mereka menunggang motor dan terlanggar semut tersebut di muka ketika ia sedang terbang. Ia boleh menyebabkan kesan keradangan yang serius pada kulit dan anggota-anggota badan yang terkena toksin.

Tanda-tanda awal terkena toksin semut charlie ini adalah kemerahan pada kulit yang diiiringi dengan rasa panas seperti terbakar (burning sensation).

 

Sumber
Sumber
- Iklan -

Sakit akan menyusul diiringi kegatalan pada kulit. Kulit mungkin melepuh dalam tempoh 4 hari. Kesan ini boleh berpanjangan hingga 10 hari!

Toksin yang mencemari anggota badan seperti tangan boleh dipindahkan ke anggota badan lain dengan menyentuh anggota badan lain. Itulah sebabnya sekiranya anggota badan terkena toksin semut ini, kita mesti mencucinya dengan kadar segera supaya ia tidak merebak ke tempat lain serta meminimakan kesan toksin.

Video penerangan oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

Apakah yang boleh anda lakukan apabila terjumpa semut ini?

Pertama sekali, jangan sentuh semut tersebut.

Keduanya, jika semut tersebut hinggap pada badan kita, jangan membunuhnya dengan menepuk atau melenyekkan tubuhnya. Tiup saja ia hingga terbang atau alirkan air ke atas semut tersebut hingga ia terjatuh.

Gelapkan lampu di tempat yang diketahui ada semut ini pada waktu malam. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur di tempat yang diketahui ada semut ini.

Ketiga, jika sekiranya anda terkena toksin ini secara tidak sengaja, segeralah mencuci kulit yg terkena toksin dengan air yang banyak dan sabun.

Toksinnya meresap agak lambat ke dalam kulit dan mencucinya pada kadar segera akan menyebabkan kebanyakan toksin boleh dinyahkan dari kulit.

Tidak ada antidote atau antitoksin khusus untuk toksin semut charlie ini. Jika anda terkena kesannya, cuci segera bahagian yang terkena. Sedikit ubat anti histamine seperti piriton atau benadryl mungkin membantu.

Juga tuam tempat yang terkena itu dengan ais agar kesakitan dapat dilegakan dan keradangan dapat diminimakan. Menyapu kawasan kulit yang terkena keradangan dengan aloe vera juga boleh membantu.

Jika kesan keradangan pada kulit adalah serius, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kami sedia membantu. ?

Jangan risau, bisa semut ini adalah tidak berbahaya kepada nyawa manusia. Ia cuma menyebabkan keradangan pada kulit yang menyakitkan dan luka yang mungkin agak lambat untuk sembuh.

Semoga bermanfaat.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Abdul Rahman Abdul Kadir
Via Medical Mythbusters Malaysia

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.