Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot

Semaian botol pot ini menggunakan medium sabut kelapa dan botol yang dipotong separuh. Semaian ini untuk memastikan kelembapan medium terjaga dan mengelakkan pokok daripada stres kekurangan air.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Kaedah semaian botol pot ini ditunjukkan oleh Tuan Muhd Hazmie B Hassan atau lebih dikenali di laman sosial Facebook Pa’mie Petani.

Semaian botol pot ini menggunakan medium sabut kelapa dan botol yang dipotong separuh. Semaian ini untuk memastikan kelembapan medium terjaga dan mengelakkan pokok daripada stres kekurangan air.

Satu kelebihan yang lain, botol pot ini mampu mengelakkan daripada siput memakan pucuk anak pokok cili.

Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai sekadar hobi di rumah. Jika peringkat komersial, lebih mudah dan efisyen menggunakan tray semaian.

Kaedah penanaman ini menggunakan siraman baja AB, namun seandainya mahu menggunakan baja NPK juga tiada masalah. Ini kerana medium yang diguna pakai adalah tanah.

BACA: Pembajaan Yang Teratur

Berikut disertakan panduan bergambar langkah demi langkah, cara memindah tanam anak pokok cili semaian botol pot ke dalam pasu yang menggunakan medium tanah hitam 6 dalam 1 yang sudah digaul bersama baja kompos tahi arnab.

Sumber

Ambil bekas semaian botol pot yang mengandungi anak pokok cili. Pastikan tanah sudah siap dibancuh dan dimasukkan ke dalam pasu.

- Iklan -

Sumber

Keluarkan anak pokok dari botol pot dengan berhati-hati. Ini untuk mengelakkan akar daripada terputus dan menyebabkan kerosakan kepada pokok.

Apabila akar pokok rosak, simptom kelayuan akan dizahirkan. Seeloknya proses pindah tanam ini di lakukan pada waktu petang.

Sumber

Apabila anak pokok dikeluarkan dengan berhati-hati, medium sabut kelapa tersebut tidak hancur atau peroi disebabkan akar pokok cili kelihatan padat dan memegang kemas medium tersebut.

Sumber

Tambah tanah dan kambus permukaan pasu. Pastikan penuh dan padat untuk memastikan pokok tidak tumbang. Kedudukan pokok juga perlu ditengah-tengah pasu.

Sumber

Terus pasang pemancang atau sistem sokongan pokok cili kerana pokok ini akan tumbang dan patah jika tidak disokong.

Selamat Mencuba!


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Tuan Muhd Hazmie B Hassan

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.