Memahami Saiz & Fungsi Paip Dalam Sistem Fertigasi

Sebut sahaja berkenaan paip, tentu kita akan terfikir satu salur yang bewarna hitam. Salur ini biasa digunakan di dalam sistem perpaipan rumah kita.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Sebut sahaja berkenaan paip, tentu kita akan terfikir satu salur yang bewarna hitam. Salur ini biasa digunakan di dalam sistem perpaipan rumah kita.

Material ini kita panggil sebagai Polyethylene atau PE. Dalam sistem fertigasi, kita menggunakan dua jenis paip PE.

  1. High Density Poly Ethylene (HDPE) – 32mm
  2. Low Density Poly Ethylene (LDPE) – 16mm atau 20mm
  3. PVC Polyvinyl chloride – 25mm

Kenapa Perlu Dua Jenis Paip Polyethylene?

Dua jenis paip yang digunakan ini perlu dipasang dalam satu sistem fertigasi berdasarkan posisinya. Sebagai contoh, di bahagian sistem perpaipan primer, jenis paip yang kita akan gunakan adalah terdiri daripada material HDPE.

Air yang mengalir di dalam paip HDPE ini berpunca terus daripada sistem tangki dan akan melalui paip ini untuk jarak yang jauh. Sudah tentu kita tidak mahu tekanan air akan terganggu sepanjang proses pengangkutan air tersebut.

Sudah tentu saiz paip primer yang digunakan juga lebih besar berbanding paip sekunder. Lagi besar paip, lagi banyak air boleh dihantar untuk satu-satu masa. Dari segi ketahanan, HDPE lebih keras dan tebal berbanding LDPE yang mudah lentur, lembut dan mudah dipotong dengan gunting biasa.

- Iklan -

Pemasangan paip primer ini akan dibuat sekeliling plot tanaman. Sistem ini akan dibuat dalam litar yang tertutup atau dalam erti kata lain hujung paip akan bertemu satu sama lain.

Paip PVC

Polyvinyl Chloride ini diperbuat daripada bahan petroleum dan sangat meluas digunakan untuk pelbagai material seperti bag, kasut, paip dan sebagainya. Banyak kegunaan PVC dalam kehidupan kita.

- Iklan -

Dalam sistem fertigasi, paip PVC juga tidak terlepas dalam penggunaannya. Ini berikutan pada sudut kos yang lebih murah berbanding menggunakan paip PE sepenuhnya. Namun, perlu kena caranya untuk elak kerugian atas disebabkan kita mahu melakukan langkah penjimatan.

Ini kerana paip PVC tidak mempunyai ketahanan yang tinggi seperti paip PE. Jika kedudukan paip PVC tersebut di kawasan laluan kerja yang aktif dan kawasan yang terdedah kepada kepanasan matahari secara terus, akan mengurangkan lagi usia ketahanannya. Paip PVC lebih mudah dan cepat reput berbanding paip PE.

Paip PVC Dan Tangki Air Baja

Bagi langkah penjimatan, sebaiknya paip PVC ini digunakan pada sistem perpaipan tangki air baja. Dalam fertigasi sistem perpaipan, saya pecahkan kepada dua.

  1. Sistem Tangki Air Baja
  2. Sistem Air Ladang

Sistem tangki air baja ini perlu ditempatkan di kawasan yang teduh. Ini untuk mengelakkan suhu air yang panas di dalam tangki air baja. Tambahan pula komponen elektrik seperti timer dan pam air juga terlindung daripada tempias air hujan.

Sistem Fertigasi Dan Siraman Automatik

Sistem fertigasi ini turut dikenali dengan sistem pengairannya yang sistematik dan automatik. Selain faktor penggunaan sistem pemasa (timer), fungsi injap pada sistem perpaipan turut memberi peranan penting. Saling bergantung antara satu sama lain.

Return valve. Injap ini sangat biasa dalam kalangan pengusaha fertigasi. Fungsi injap ini adalah untuk memastikan air yang dipam keluar daripada tangki akan masuk semula ke dalam tangki. Apabila pam berhenti mengepam air keluar, saluran return valve ini akan dimasuki oleh angin untuk menghalang pergerakan air keluar terus ke ladang dan mematikan saluran air yang mengalir keluar daripada pam.

Jika tersilap kunci, air dalam tangki akan kering tanpa kita sedar. Ini berlaku pada kami pada awal penggunaan sistem fertigasi ini. 6 tangki yang dipenuhi dengan air boleh susut dalam satu malam akibat tidak membuat pemeriksaan terperinci pada return valve ini.

Pendek kata, selepas sahaja pam dimatikan oleh timer, ini bermaksud air sepatutnya berhenti mengalir. Jika tidak berhenti mengalir meskipun pam sudah dimatikan, ini bermaksud bukaan return valve ditutup penuh dan ini mengakibatkan angin tidak dapat masuk melalui rongga valve tersebut untuk menyekat laluan air di bahagian penyambung paip Tee.

Bagaimana cara nak dapatkan set mini fertigasi cilibangi?

  1. Boleh dapatkan mini fertigasi di kedai online Shopee Cilibangi atau di cilibangi.com.
  2. Peralatan ini juga boleh didapati di kedai fizikal kami di Serotech Education Farm, Kajang Selangor.
  3. Kelengkapan ini mudah diperoleh di kedai pertanian atau di sesetengah nurseri yang menjual anak pokok.
  4. Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda.

Saya Mahu Mini Fertigasi


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Alin Rozilah Binti Mohd Faizal Kim berkata

    terima kasih, info yang berguna untuk saya yang minat berkebun dan di peringkat awal pembelajaran dan sedang mula berniaga secara kecil kecilan..

    1. Ibrahim Ar berkata

      Baru cuba berkomunikasi…kurang mahir lagi