Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi

Ada juga situasi yang berlakunya kesilapan dalam membancuh baja AB ini menyebabkan pokok menjadi hangus dan rosak. Ini mungkin disebabkan oleh faktor terlebih sukatan stok baja AB yang pekat ketika dibancuh ke dalam air siraman.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu yang dimaksudkan dengan Baja AB Fertigasi ini, tentu beranggapan baja AB ini seperti baja kimia yang membahayakan. Terdapat segelintir netizen yang menguar-uarkan tangapan yang salah berkenaan baja AB ini.

BACA: Asas Pengenalan Baja AB Fertigasi Dalam Berkebun

Bagi saya, baja AB ini adalah baja yang boleh dikatakan lengkap untuk keperluan tanaman. Dari sudut unsur-unsur yang dibekalkan di dalam baja AB ini, beserta sifatnya yang mudah diserap oleh akar pokok.

Kesilapan Dalam Proses Bancuhan Baja AB

Dalam pada itu, ada juga situasi yang berlakunya kesilapan dalam membancuh baja AB ini menyebabkan pokok menjadi hangus dan rosak. Ini mungkin disebabkan oleh faktor terlebih sukatan stok baja AB yang pekat ketika dibancuh ke dalam air siraman.

Kesilapan dalam membancuh baja AB ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan, sama ada:

- Iklan -

  1. Simptom pokok kekurangan baja, disebabkan terlalu cair membancuh air siraman
  2. Simptom pokok terlebih baja, disebabkan terlalu pekat dalam bancuhan air siraman

Sebelum kita menyiram pokok dengan cairan baja AB, kita perlu kenal pasti dua perkara:

  1. Berapa usia semasa pokok
  2. Berapa kadar air yang digunakan sehari untuk setiap pokok

Fertigasi, Siraman Automatik

Jika anda hanya menanam secara kecil-kecilan di rumah, dan tidak memerlukan sistem pemasa (timer), tambah pula menggunakan medium tanah, maka kadar air siraman yang digunakan tidak sama dengan sistem fertigasi yang menggunakan medium sabut kelapa yang menggantikan penggunaan tanah.

Penggunaan sistem pemasa (Timer) dalam fertigasi.

Kebiasaannya, jika di tanah, kita hanya menyiram pada waktu pagi dan petang. Manakala, apabila menggunakan sistem fertigasi kita ada jadual yang perlu dipatuhi. Kebiasaanya kami akan menyiram 5 kali sehari, selang 2 jam.

Ini bermaksud program penyiraman sistem fertigasi adalah seperti berikut:

  1. 8.00 Pagi
  2. 10.00 Pagi
  3. 12.00 Tengah hari
  4. 2.00 Petang
  5. 4.00 Petang

Program pembajaan ini akan saya ulas lebih lanjut di dalam artikel seterusnya. Namun, untuk artikel ini saya akan kupas banyak berkenaan cara-cara kita membancuh baja AB fertigasi ini di dalam tong stok baja dan bagaimana untuk mengurangkan kepekatannya dengan matlamat untuk pemberian baja kepada pokok.

Perlu diingat bahawa, bancuhan yang kita lakukan pada tong stok baja 100L adalah merupakan bancuhan baja yang pekat. Dan, bancuhan ini tidak boleh sama sekali terus disiram pada pokok. Ini akan menyebabkan pelbagai masalah yang timbul antaranya seperti simptom daun menjadi hangus akibat terlebih kepekatan baja.

Di dalam artikel Asas Pengenalan Baja AB Fertigasi Dalam Berkebun, saya ada sebutkan beberapa bungkusan yang biasa dijual di pasaran untuk bancuhan stok baja, antaranya seperti:

  1. 10L
  2. 50L
  3. 100L
  4. 200L

Baja yang terkandung dalam bungkusan ini perlu dibancuh sendiri mengikut kapasiti yang sudah dilabelkan pada bungkusan tersebut. Jika pek 10L baja AB, maka, kita perlu sediakan tong 10L air. Kebiasaannya kadar kepekatan adalah 100 kali ganda, bergantung kepada pengeluar. Ada juga yang kadar kepekatannya hingga 200 kali ganda.

Langkah-langkah Bancuhan Stok Baja AB

Baja AB mengikut saiz yang dipeketkan.
- Iklan -

Sediakan baja AB mengikut keperluan dan kapasiti tong stok baja.

Cara bancuhan stok baja AB ke dalam tong berisi air.

Set A perlu satu tong 10L. Set B juga perlu satu tong 10L. Bancuhan baja ini perlu dilakukan dalam 2 tong berasingan. Tidak boleh bercampur. Jika berlaku percampuran antara stok A dan stok B, mendakan akan berlaku. Pokok tidak mampu menyerap baja dalam bentuk mendakan tersebut.

Kacau sehingga sebati.

Selepas tong tersebut diisi baja, terus diisi dengan air. Air paip pun tidak mengapa. Bancuh dan kacau sehingga sebati. Selesai bahagian pencampuran larutan stok A dan stok B. Larutan ini adalah yang pekat. Kita perlu cairkan di dalam tong air baja untuk disiram pada pokok.

Langkah Melarutkan Stok Baja AB Ke Dalam Tangki Air

Tangki air baja yang akan kita gunakan untuk melarutkan pekatan baja AB sebelum disiram kepada pokok.

Pembacaan awal EC Meter, sebelum bancuhan stok baja dilakukan.

Baja A kebiasaannya bewarna keperangan. Dimasukkan ke dalam tangki air.

Selepas set A dimasukkan, terus bilas di dalam tangki yang sama.

Kemudian, ambil set B dengan kuantiti yang sama seperti set A. Nisbah 1:1. Masukkan ke dalam tangki air baja.

Dibilas sekali lagi seperti sebelumnya.

EC Meter merupakan alat membaca kepekatan baja AB. Proses membaca bacaan kepekatan baja semasa sedang dilakukan.

Selesai proses membancuh stok baja AB ke dalam tangki air baja. Diingatkan sekali lagi, campuran tersebut kita lakukan dengan nisbah 1:1. Ini bermaksud, 1 cawan set A, 1 cawan set B. Jumlahnya perlu sama banyak. Jika satu cawan tersebut adalah 100ml, maka set A perlu 100ml dan set B perlu 100ml.

Di dalam siri artikel akan datang, saya akan ulas lebih lanjut berkenaan berapa kepekatan baja yang diperlukan mengikut usia pokok beserta jumlah siraman secara purata sehari. Jika ada sebarang persoalan yang masih belum terjawab di dalam artikel ini, mohon tinggalkan komen di bawah.

Bagaimana cara nak dapatkan set mini fertigasi cilibangi?

  1. Boleh dapatkan mini fertigasi di kedai online Shopee Cilibangi atau di cilibangi.com.
  2. Peralatan ini juga boleh didapati di kedai fizikal kami di Serotech Education Farm, Kajang Selangor.
  3. Kelengkapan ini mudah diperoleh di kedai pertanian atau di sesetengah nurseri yang menjual anak pokok.
  4. Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda.

Saya Mahu Mini Fertigasi


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

12 Komen
  1. pengeran akd berkata

    Terimakasih.. Akan mencuba seperti yg tuan syorkan.. Dan akn memberi perkembangannya..

    1. Fikri Mastor berkata

      Sama-sama Tuan.

      1. nia berkata

        berapa liter air yang diperlukan bagi 100ml baja A dan 100ml baja B ?

  2. Yamin berkata

    Salam tuan…boleh atau tidak sekiranya baja 100L dilarutkan ke dalam tong yg isipadu dia mungkin dalam 50L…ada kesan x klau x sama…??

    1. Fikri Mastor berkata

      Tiada kesan Tuan. Bahkan lebih pekat. Maknanya, apabila Tuan ingin larutkan dalam tangki air baja, kuantiti pati hanya sedikit diperlukan. Bergantung pada kapasiti air tangki pula.

  3. Lilawati berkata

    Persoalan saya,berapakah ML air biasa yang dicampur dengan baja AB di dalam tong sebelum disiram ke pokok??

    1. Fikri Mastor berkata

      Puan Lilawati yang dihormati,

      Maaf atas kelewatan membalas, untuk campuran air biasa dengan air baja AB ini, ia berbeza mengikut jumlah air dan usia pokok. Untuk panduan mudah, saya sudah tuliskan artikel berkaitan perkara tersebut di https://www.cilibangi.com/blog/video-bancuh-baja-ab-tanpa-menggunakan-ec-meter/

  4. miawan(iwan) berkata

    assalamualaikum…

    tumpang tanye,kalau guna baja ab untuk pokok jambu madu…
    berape kepekatan sukatan baja ab???

  5. Zulkefli b che lah berkata

    Boleh ke guna air paip syasbas untuk bancuhan baja A B

  6. Romi berkata

    Slm…
    Bolehkah pusingan titisan baja AB ditukar drp 5 kali sehari ke 3 kali sehari ?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Boleh tuan. Bergantung kepada kapasiti sabut dan saiz polibag. Jika saiz yang digunakan lebih besar dari saiz 16 x 16 inci, boleh tukarkan dari 5 kali ke 3 kali sehari.

  7. Maxdleynie MH berkata

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini. Minta halalkan ilmu ini Semoga bertambah keberkatannya dan semoga dimurahkan rezeki Tuan.