Weedmat Mencegah Rumpai Liar Tumbuh Dan Ini Video Tutorialnya

Weedmat adalah alternatif kepada penggunaan racun rumput kimia yang lebih selamat dan paling penting kemas.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Weedmat ini diperbuat daripada plastik atau kain khas seperti polypropylene. Material yang tahan lasak dan tidak mudah koyak berbanding pelapik silvershine.

Seandainya saudara pernah mengikuti program perkhemahan, tentu pernah merasai pengalaman menginap di dalam khemah.

Pelapik Telus Air

Sebenarnya, lapisan yang dilantai khemah itu adalah seakan sama materialnya dengan pelapik ini. Ia mampu telus air.

Pelapik ini bertujuan mengelakkan pertumbuhan rumpai liar yang rakus dan tidak terkawal. Sama fungsinya dengan pelapik silvershine.

Bahkan, sangat sesuai seandainya saudara mahu menggunakan alternatif racun rumput kimia yang sangat berbahaya pada persekitaran dan orang di sekeliling.

Di dalam artikel Bagaimana Mengelakkan Rumpai Tumbuh Di Kawasan Tanaman, saya catatkan secara terperinci kelebihan dan manfaat penggunaan pelapik ini.

Bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad dan jadual yang padat, tentunya sangat menghargai penggunaan pelapik ini di halaman rumah mereka.

Bagaimana Cara Menggunakan Weedmat?

- Iklan -

Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan weedmat. Pastikan tiada kawasan berlekuk yang boleh menakung air.

 

Ukur kawasan yang hendak diletakkan weedmat.

 

Letakkan pelapik ini di kawasan yang dikehendaki. Lekatkan ke tanah dengan menggunakan paku payung bersaiz besar.

 

Kemudian boleh diletakkan perhiasan seperti batu sungai, serpihan kayu dan lain-lain di atas pelapik.

Untuk tempahan weedmat, saudara boleh rujuk maklumat berikut:

  1. Klik Web untuk buat pembelian di kedai online Cilibangi.
  2. Klik Shopee untuk pembelian di platform Shopee.
  3. Klik PM untuk berhubung melalui Facebook Messenger Cilibangi.

KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.