4 Faktor Mempengaruhi Tahap Kematangan Cilibangi

Cilibangi tumbuh merimbun dan mencapai sehingga 4 kaki tinggi dan 3 kaki lebar kanopi.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Cilibangi Buah Matang
Cilibangi Buah Matang

Bagaimana Mengenalpasti Cilibangi Anda Telah Matang?

Cilibangi bukan sahaja berkualiti dan tahan serangan penyakit malahan juga dapat dituai secara serentak. Cilibangi tumbuh merimbun dan mencapai sehingga 4 kaki tinggi dan 3 kaki lebar kanopi.

Cilibangi sedia untuk dipetik dan dimakan apabila buah cili telah mencapai saiz yang sesuai dan berwarna merah terang. Bagi yang tidak menggemari makanan pedas, pokok Cilibangi boleh dijadikan tanaman hiasan yang boleh dimakan di halaman rumah hasil warna merah terang yang sangat menarik perhatian.

 

Cilibangi Buah MatangMusim Penanaman

Tempoh masa bagi musim penanaman adalah 90 hingga 95 hari bermula daripada masa pindah anak pokok. Cilibangi yang telah matang sepenuhnya berukuran ½ ke 2 inci panjang dan padat apabila dituai.

Sebatang pokok Cilibangi mampu menghasilkan ratusan buah cili. Pokok Cilibangi hendaklah ditanam di kawasan yang mendapat sinaran matahari yang penuh dan juga mempunyai saliran yang baik.

Warna

Cilibangi yang telah matang akan menghasilkan warna merah yang terang, akan tetapi buah Cilibangi juga boleh dituai apabila telah berwarna kehijauan. Secara amnya, lada atau cili terbentuk daripada tunas bunga yang berkembang menjadi buahan hijau yang kecil. Cilibangi Buah Matang

- Iklan -

Buah cili akan bertukar warna daripada hijau kepada kuning, kemudian bertukar keorenan dan seterusnya menjadi warna merah. Cilibangi yang berwarna merah terang menghasilkan aroma cili yang menarik dan kepedasan yang pastinya menyengat lidah. Tuaian cili hijau yang kurang matang adalah lebih manis dan tidak begitu pedas.

Adakalanya pihak pemasar akan menyembur gas etilena selama 24 jam pada suhu 20-25 ºC bagi menyahhijaukan cili hijau kepada cili merah.

Kepedasan

Tahap kepedasan adalah salah satu cara untuk mengenalpasti tahap kematangan cili. Apabila sudah sedia untuk dituai dan dimakan, Cilibangi yang matang akan berasa sangat pedas iaitu mencecah 140 000 ke 300 000 unit pada skala Scoville.

Buah cili hijau yang juga sedikit pedas adalah belum matang walaupun sudah boleh dimakan. Biarkan cili tersebut matang sepenuhnya di pokok sebelum dituai agar dapat menghasilkan rasa dan kepedasan maksimum. Cili yang masih muda akan terus matang jika disimpan di dapur tiga hari kemudian.

Cuaca

Cuaca juga turut mempengaruhi kadar pertumbuhan dan tempoh matang Cilibangi untuk dituai. Semasa musim panas, cili akan tumbuh dengan pesat dan cepat di mana tahap kepedasan Scoville direkodkan paling tinggi.

Apabila suhu lebih sejuk di awal dan juga di akhir musim penanaman, cili akan mengambil masa lebih lama untuk mencapai kematangan.

Musim kemarau juga turut meransang pertumbuhan pokok cili yang bagus, manakala cuaca lembab akan memperlahankan pertumbuhan pokok serta mengurangkan tahap kepedasan cili.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

5 Komen
  1. letung lilih berkata

    Berapa tempoh umur pokok cili?

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan/Cikpuan Letung Lilih yang baik,

      Tempoh kitaran pokok cili di dalam polibag secara komersial dicadangkan 6 bulan bermula dari tarikh semaian.

      Namun, seandainya di atas tanah, pokok boleh mencapai kitaran hidup sehingga 7-9 bulan.

  2. Hafez Azim berkata

    Shahrullizam Shuib

    1. Shahrullizam Shuib berkata

      Baik mattt

  3. Fadhlullah berkata

    Salam tuan.saya hendak tanya sidikit soalan.
    Saya tanam cili merah.mugkin cili siam.sekarang ini dah besar dan panjang anggaran 1 jari kelingking.
    Bilakah tempoh masa untuk bertukar ke merah.