7 Kesilapan Yang Mungkin Anda Buat Di Kebun

Kesan kesilapan dalam berkebun sangat besar, dan pasti memberi kesan yang mendalam pada newbie atau orang baru menceburi amalan kebun bandar.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Kesan kesilapan dalam berkebun sangat besar, dan pasti memberi kesan yang mendalam pada newbie atau orang baru menceburi amalan kebun bandar.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan kesilapan yang biasa dilakukan oleh sebahagian daripada kita. Semoga bermanfaat.

7 Kesilapan Yang Mungkin Anda Lakukan Di Kebun
7 Kesilapan Yang Mungkin Anda Lakukan Di Kebun

#1 Tidak Mendapat Cahaya Yang Mencukupi / Kawasan Tanaman Yang Tidak Sesuai

Sebelum menanam, pastikan anda mengetahui kadar cahaya yang diperlukan oleh tanaman tersebut (rujuk pada belakang paket benih). Sesetengah tanaman (tomato, herba dan terung) memerlukan cahaya matahari yang panjang, dan ada juga tanaman yang memerlukan cahaya matahari yang singkat.

Jika tanaman tidak mendapat cahaya matahari yang cukup, singkirkan segala teduhan atau ubah tanaman ke tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Jika tanaman memerlukan cahaya matahari campuran (panjang dan singkat), terdapat dua pilihan yang boleh dipertimbangkan:

  1. Pelbagaikan lokasi kawasan tanaman untuk menyokong pelbagai jenis tanaman.
  2. Sediakan naungan di beberapa bahagian kawasan tanaman.

#2 Tanah Tidak Subur

Tanaman yang tidak bertahan untuk hidup menunjukkan bahawa tanah tersebut tidak subur, dan ujian tanah perlu dilakukan untuk menentukan kesuburan tanah tersebut.

Anda hanya perlu mengeluarkan kos yang sedikit sahaja untuk melakukan ujian tanah dan mendapatkan cadangan bagi membaik pulih tanah yang tidak subur.

Cara lain ialah dengan mengikuti 10 ujian tanah yang mudah. Anda mungkin perlu menambahkan nutrient, bahan organik dan meningkatkan pH tanah. Anda perlu sentiasa memantau keadaan tanah kerana pokok menyerap banyak nutrient daripada tanah.

#3 Sumber Air Yang Terlalu Jauh

Di kawasan yang kecil, masalah ini tidak menjadi isu kerana sumber air boleh disalurkan melalui paip air atau alat perenjis (sprinkler). Anda disarankan supaya tidak melakukan penanaman di kawasan yang besar dan jauh daripada sumber air.

Jika cuaca panas, tanaman perlu disiram sebanyak dua kali sehari. Namun begitu, siraman yang berlebihan juga akan merosakkan tanaman. Pastikan siraman yang dilakukan mampu untuk diserap oleh akar tanaman secara optimum.

Ada juga falsafah mengenai air ini, namun saya tidak pasti akan kesahihannya.

Air biar kurang, jangan berlebih. – anonymous

Anda rasa bersalah? – Sumber
- Iklan -

BACA: Panduan Tatakerja Penanaman Cilibangi

#4 Kawasan Tanaman Yang Terlalu Besar Untuk Diuruskan

Anda perlu mengetahui jenis tanaman yang ditanam, bila ia ditanam dan bagaimana cara penjagaan tanaman tersebut. Aktiviti penanaman ini juga boleh dijadikan sebagai senaman fizikal bergantung kepada jenis dan keluasan kawasan tanaman.

Pastikan anda bersedia untuk menjaga setiap sudut kawasan tanaman tanpa keletihan, atau jika tidak kerja anda akan semakin bertambah dan kawasan tanaman akan menjadi tidak terurus.

Kesalahan ini sering dilakukan oleh mereka yang baru berjinak-jinak untuk berkebun. Walaupun anda sudah berkobar-kobar, mulakan aktiviti penanaman sedikit demi sedikit kerana kemahiran anda masih kurang pada peringkat permulaan.

Semakin hari, pengalaman anda akan semakin bertambah dan ketika itu anda boleh meluaskan kawasan tanaman dan menanam pelbagai jenis tanaman kesukaan anda.

 

Pautan Panduan Tanaman Cili

  1. Proses Penyemaian Biji Benih
  2. Pindah Tanam Anak Pokok Cili
  3. Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)
  4. Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
  5. 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili
  6. 3 Jenis Baja Pokok Cili Yang Sesuai Digunakan di Rumah

#5 Tanaman Terlalu Rapat

Tanaman yang ditanam dengan rapat sememangnya dapat mengelakkan pembaziran ruang tanaman, tetapi anda harus ingat bahawa tanaman akan bersaing untuk mendapatkan nutrient, air dan ruang. Anda boleh rujuk di belakang paket benih untuk mengetahui jarak tanaman yang sesuai.

Kebiasaan yang sering dilakukan ialah menyemai benih dengan banyak di kawasan penanaman kerana bimbang peratusan percambahan yang sedikit. Akibatnya, akan ada tanaman yang perlu dibuang semasa tanaman semakin membesar supaya tanaman mempunyai ruang yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sempurna.

#6 Menanam Sayuran Yang Tidak Digemari

Sebelum menanam, rancang dahulu apakah sayuran yang gemar dimakan oleh anda seisi keluarga. Penanaman sayur-sayuran memerlukan kerja, dan ia betul-betul berasa seperti bekerja jika anda hanya menanam, menjaga dan menuainya tanpa menikmati sayuran tersebut.

Sebagai alternatif, jika anda lebih suka menanam sayuran tertentu tetapi tidak dimakan, anda boleh membuat pertukaran dengan sayuran yang ditanam oleh jiran anda dan berkongsi resepi menarik bersama.

#7 Menanam Pelbagai Jenis Tanaman Secara Serentak

Pelbagai jenis sayuran yang ditanam serentak berkemungkinan perlu dituai secara serentak. Hal ini menyebabkan hasil terlalu banyak dan tempat penyimpanan tidak mencukupi. Akibatnya, sayuran tersebut akan rosak dan berlaku pembaziran. Anda juga akan rasa terbeban dengan kekangan masa untuk menuai semua hasil tersebut.

Kongsi dari Gardening Channel


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.