Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)
myGAP ini ialah satu skim yang mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dengan berteraskan konsep mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Menurut hantaran di halaman Jabatan Pertanian Malaysia pada 7 Januari 2020 baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan satu Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030.
Dalam hantaran tersebut turut dinyatakan berkenaan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pensijilan myGAP. Saya tidak mahu sentuh pelan kelulut yang mahu dibangunkan oleh Kementerian Pertanian tetapi hantaran ini lebih kepada huraian berkenaan myGAP.
Apa Itu myGAP?
myGAP ini ialah satu skim yang mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dengan berteraskan konsep mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja.
Kelangsungan daripada konsep ini tidak lain adalah untuk manfaat pengguna hasil ladang tersebut iaitu rakyat Malaysia. Sudah tentu sebagai pengeluar hasil makanan negara kita bertanggungjawab menghasilkan produk yang berkualiti, dan juga selamat untuk dimakan.
Skim ini menurut Jabatan Pertanian, dibangunkan berpandukan Malaysia Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).
Apa Kelebihan Pensijilan myGAP ini?
- Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
- Pengurusan ladang yang baik.
- Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang.
- Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
- Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
- Pengurusan alam sekitar diutamakan.
Jika kita perhatikan sebenarnya dengan amalan pertanian baik ini, bukan sahaja alam sekitar terpelihara bahkan keselamatan pekerja juga diutamakan.
Penggunaan bahan kawalan serangga yang lestari juga sangat diperlukan. Penggunaan racun dalam aktiviti penanaman tidak salah, cuma perlu mematuhi piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.
Pasti saudara pernah menonton berita pendedahan berkenaan penemuan sisa buangan racun makhluk perosak ditemui di sebatang sungai di Cameron Highland beberapa tahun lepas.
Bahkan, pertanian haram yang menyebabkan tragedi beberapa tanah yang runtuh turut berkait rapat dengan amalan pertanian baik ini.
Cuma pensijilan myGAP ini memerlukan sokongan seluruh petani untuk bersama merealisasikan, kerana kita bertani bukan untuk semakin sakit, tetapi sebagai satu pekerjaan yang menjana pendapatan dan seterusnya dapat diwariskan kepada generasi anak muda kita.
Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan perlaksanaan myGAP ini?
Urus setia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
No. Tel : 03-8870 3448
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic@gmail.com
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.