Ini Adalah Jawapan Kenapa Semut Hitam Berkumpul Di Pokok Cili

Jika hadirnya semut hitam berkumpul pada tanaman kita, sememangnya koloni semut ini akan bekerjasama dengan serangga kecil seperti aphid.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Baca tajuk macam menarik kan isu semut hitam berkumpul pada daun cili.

Realitinya memang begitu. Saya aktif berhubung dengan netizen di dalam komuniti Kebun Bandar di facebook.

Kerap kali saya membaca perkongsian netizen berkenaan masalah yang hampir serupa seperti:

“Semut suka lepak di pokok cili ada solusi? Daun pun dah merengkok” –

Amyra Arjuna

Pernyataan masalah ini melibatkan dua keadaan. Satu disebabkan oleh simptom dan satu lagi adalah tanda serangan. Ada beza dengan dua perkara ini.

Jika kita dapat menilai dan membezakan dua perkara ini, langkah penyelesaian akan lebih cepat, mudah dan efektif.

BACA: Menganalisa Penyakit Tanaman

Kenali Aphid

  1. Nama perosak: Kutu Daun (Aphis spp.)
  2. Bahagian serangan: Daun, bunga dan buah muda.
  3. Peringkat pokok: Semua peringkat
  4. Simptom: Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut.
Koloni aphid sedang menyerang bahagian batang pokok.

Terdapat lebih daripada 80 spp. yang menyerang cili. Ada yang berwarna hijau, kuning atau coklat. Nimpha atau peringkat anaknya pula berwarna putih lutsinar.

Tabiat pembiakan aphid ini pula akan mengeluarkan sejumlah besar bilangan telurnya dan tersisip rapi di dalam jaringan daun.

Apabila melibatkan serangga seperti aphid ini kita akan merasa tidak senang duduk.

Ini disebabkan faktor serangga aphid yang merupakan vektor kepada virus yang merencatkan pertumbuhan pokok cili di kebun.

Modus operandi penyebaran penyakit ini melibatkan aphid menyedut cairan pokok di semua bahagian tumbuhan, samada daun, bunga dan buah muda. Ini akan menyebabkan bentuk daun menjadi kerinting dan membentuk mosaic.

Dalam masa yang sama, luka hasil sedutan cecair daripada aphid ini akan menyebabkan permukaannya terdedah dengan jangkitan virus yang dibawa oleh vektor ini.

Kenapa Semut Hitam Berkumpul Bersama Aphid?

Simbiosis Mutualisme? Apa benda tu?

Simbiosis ini membawa maksud interaksi yang sangat rapat, bahkan hubungan jangka panjang antara kedua-dua spesies biologi yang berbeza. – Wikipedia

Manakala,

Mutualisme membawa maksud hubungan antara individu-individu daripada spesies yang berbeza di mana kedua-dua individu mendapat manfaat. – Wikipedia

Jika hadirnya semut pada tanaman kita, sememangnya koloni semut ini akan bekerjasama dengan serangga kecil seperti aphid.

- Iklan -

semut hitam berkumpul
Manis!

Aphid ini merupakan serangga yang tidak mampu terbang dan sangat kecil.

Jadi semut ini akan memberikan pelindungan dan membantu aphid bergerak ke semua bahagian pokok dan sebagai timbal balik, hasil rembesan buangan aphid yang manis ini akan di ambil oleh semut sebagai makanan.

Semut sangat suka dengan cairan ini.

Pendek kata, adanya semut, pokok akan terjejas disebabkan aphid menyedut cairan pokok.

Itu yang menyebabkan ada pokok cili menjadi kerinting dan kerekot.

Jika dapat dikesan pada peringkat awal, pokok dapat diselamatkan daripada jangkitan virus.

Kawalan & Rawatan Menggunakan Repellente 1

Langkah yang terbaik adalah dengan melakukan pencegahan pada peringkat awal.

Ini bermaksud sejak peringkat awal penanaman lagi kita menyembur larutan kawalan serangga mengikut jadual dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Afid kelihatan di sekitar urat daun.

Kami akan semburkan dengan Repellente 1 untuk mengawal aphid dan semut ini.

Kebiasaanya untuk amalan penanaman pokok cili, kekerapan semburan setiap minggu adalah dua kali.

Kami biasa membuat semburan pada hari isnin dan khamis.

Jika rutin asas ini dipatuhi, insyaAllah risiko kerosakan dapat dikurangkan.

Seandainya anda merupakan orang baru yang mahu belajar ilmu penanaman, yang mahu menjimatkan belanja dapur tetapi telah tersilap langkah, saya akan kongsikan cara-cara yang boleh diusahakan untuk merawat kembali pokok yang rosak.

Namun, jika anda sudah melakukan perkara yang dikongsikan ini, serangan tetap berlaku, ada dua cara sahaja.

Sama ada anda buang tanaman yang rosak dan ganti dengan tanaman baru, atau kaedah/teknik semburan yang tidak betul.

Kawalan serangga organik repellente akan disembur pada keseluruhan pokok yang terjejas.

Maksud keseluruhan itu adalah dengan menyembur pada permukaan atas dan bawah daun dengan teliti. Pastikan permukaan tersebut basah sepenuhnya.

Namun, bagi merawat pokok yang mengalami kerosakan seperti kerinting dan mozek, kami mencampur oligochitosan bersama semburan kawalan serangga repellente.

Jika keadaan pokok sudah terlalu teruk dan kelihatan buah dan pucuk baru tidak terhasil, maka tiada jalan lain, anda perlu buang pokok tersebut dan buat penanaman semula.

Untuk penggunaan racun kimia pula, mengikut rujukan Jabatan Pertanian Malaysia, mereka mencadangkan bahan aktif seperti chlorpyrifos, cypermethrin, dimethoate atau imidacloprid untuk disembur pada pokok sebagai kawalan vektor apabila peratus serangan virus melebihi 20%.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Mahukah Tuan/Puan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 4 platform berikut:

Messenger

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

3 Komen
  1. Intan Baharuddin berkata

    Assalamualaikum…pokok cili sya mmg byk aphida coklat ni kmdn dah jd lalat putih.Sya sembur air je bwh & atas daun jd lalat putih & aphida sudah berkurangan.Sya juga buang daun yg mempunyai benang putih2 takut telur aphida merebak.Semut hitam & api mmg byk ada tak cara nk elak semut bersarang dlm polibag? Daun pokok mmg sudah kerinting lbh2 di pucuknya, bunganya gugur serta buah cilinya x besar sgt.Hanya Cili kering China sya yg pulih sedangkn yg lain msh di serang lbh2 lg pokok cili api 🙁 Tq

  2. Mohd fadzli berkata

    Adakah Penggunaan repellente terhad pada pokok sahaja?
    Bagaimana pula jika digunakan pada kawasan dalaman rumah ?

    1. Fikri Mastor berkata

      Tidak tuan. Boleh juga digunakan pada tempat lain dalam menghalau semut-semut.