Bagaimana Membuat Pengairan Titis Dengan Bahan Terbuang Di Rumah Anda
Pengairan titisan membolehkan bekalan air secukupnya dihantar ke tanaman anda dalam tempoh masa tertentu, jadi anda tidak perlu bimbang untuk mengurus tumbuh-tumbuhan kering atau layu semasa musim panas terik.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Nota Editor: Anda kini tidak perlu khuatir dan bimbang sekiranya perlu ke tempat yang jauh atas urusan kerja.
Dengan membuat sendiri set diy siraman pokok secara automatik ini mampu membantu anda mengekalkan kelembapan tanah. Selamat mencuba!
Pengairan titisan adalah salah satu kaedah yang kos efektif dalam menyiram tanaman anda . Melalui rangkaian paip murah beserta tiub , pengairan titisan ini membolehkan air untuk menitis perlahan-lahan terus ke akar tumbuh-tumbuhan, tanpa sebarang pembaziran air yang selalu berlaku dalam kaedah penyiraman yang biasa kita lakukan.
Pengairan titisan membolehkan bekalan air secukupnya dihantar ke tanaman anda dalam tempoh masa tertentu, jadi anda tidak perlu bimbang untuk mengurus tumbuh-tumbuhan kering atau layu semasa musim panas.
Dengan menggunakan botol plastik serta beberapa barang-barang terpakai yang ada di rumah, anda boleh melakukan sistem pengairan titisan sendiri untuk mengairi pokok-pokok yang sentiasa berpanas di luar rumah anda. Begitu pun, ada juga sistem yang digunakan dalam amalan komersial iaitu sistem fertigasi yang mempunyai konsep yang sama dengan pengairan titisan ini.
BACA: Bagaimana Sistem Fertigasi Berfungsi
Selain itu, dengan membuat sistem pengairan titisan anda sendiri yang kos sebenarnya sangat murah, anda juga berkempen dalam memelihara alam sekitar dan menggalakkan amalan kitar semula juga. Pelbagai jenis pokok hiasan mahupun sayuran boleh mengaplikasikan teknik ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Botol plastik 1.5L beserta penutup
- Paku tekan
- Paku
- Penukul
- Pisau
- Tebuk 4 hingga 5 lubang pada penutup botol dengan menggunakan paku tekan dahulu. Kemudian, gunakan paku dan penukul untuk membuat lubang yang lebih besar. Tutup semula penutup pada botol.
- Jumlah lubang pada penutup bergantung kepada kelajuan air yang anda mahu. Lebih banyak lubang pada penutup, lebih laju air yang mengalir.
- Saiz lubang mempengaruhi kelajuan air. Lubang yang kecil akan membuatkan air mengalir dengan perlahan. Pastikan lubang tidak terlalu kecil supaya kotoran tidak tersumbat dan menghalang pengaliran air.
Â
- Potong bahagian bawah botol (lebih kurang 1inci dari bawah) dengan menggunakan pisau yang tajam. Ini bagi memudahkan pengisian semula air.
Â
- Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dengan bahagian penutup berada di posisi bawah. Mampatkan tanah di sekeliling botol. Letakkan batu-batu kecil di sekeliling botol untuk mengelakkan tanah masuk ke dalam botol.
Â
- Isi air ke dalam botol. Biarkan pengairan titis yang menggantikan kerja anda untuk menyiram pokok.
Sumber: WikiHow
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.