Video: Cara Bancuhan Baja AB Menggunakan EC Meter
Di dalam artikel ini, saudara akan belajar cara mencairkan stok baja AB dengan menggunakan EC Meter.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Di dalam artikel ini, saudara akan belajar bagaimana untuk menggunakan pekatan stok baja AB yang telah dilarutkan.
Perlu diingat, setiap pekatan stok baja AB yang dibancuh daripada serbuk, dan diasingkan ke dalam dua tong/botol yang berbeza ini adalah stok yang pekat.
Ini bermaksud, larutan stok baja AB ini bukan untuk terus dihabiskan atau disiram terus pada pokok.
Saudara perlu larutkan atau cairkan ke dalam 1 tong yang berisi air kosong, sebelum menyiram pokok tanaman saudara.
Langkah Demi Langkah Membancuh Baja AB
Saya ulang semula penulisan saya di dalam Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi, kesilapan dalam membancuh baja AB ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan, sama ada:
- Simptom pokok kekurangan baja, disebabkan terlalu cair membancuh air siraman.
- Simptom pokok terlebih baja, disebabkan terlalu pekat dalam bancuhan air siraman.
Sebelum kita menyiram pokok dengan cairan baja AB, kita perlu kenal pasti dua perkara:
- Berapa usia semasa pokok
- Berapa kadar air yang digunakan sehari untuk setiap pokok
Jika anda hanya menanam secara kecil-kecilan di rumah, dan tidak memerlukan sistem pemasa (timer), tambah pula menggunakan medium tanah, maka kadar air siraman yang digunakan tidak sama dengan sistem fertigasi yang menggunakan medium sabut kelapa yang menggantikan penggunaan tanah.
Jadual Siraman Air Baja AB Pokok Cili
Saudara boleh rujuk di dalam artikel Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi. Di dalam artikel tersebut saya ada huraikan jadual siraman air baja untuk tanaman cili secara fertigasi.
Seandainya saudara mempunyai sebarang persoalan tambahan, boleh ajukan di ruangan komen di bawah.
Di Mana Mahu Mendapatkan Baja AB?
Dapatkan produk Baja AB dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.
Bising. Cuba ubah lokasi utk buat rakaman.
Info yg berkesan.