Beza Kapilari Dan Mikrotiub Dalam Sistem Fertigasi

Pertama sekali bagi mereka yang tidak mengetahui apa itu kapilari dan mikrotiub, kedua-dua komponen ini diperlukan dalam menyalurkan air ke dalam polibag.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Di dalam komen video sebelum ini ada yang bertanya berkenaan apa perbezaan kapilari dan mikrotiub dalam sistem fertigasi.

Kedudukan Kapilari Dan Mikrotiub

Pertama sekali bagi mereka yang tidak mengetahui apa itu kapilari dan mikrotiub, kedua-dua komponen ini diperlukan dalam menyalurkan air ke dalam polibag.

Kedudukan komponen ini dalam sistem fertigasi adalah selepas paip sekunder (16mm / 20mm) dan sebelum ke polibag.

Perbezaan Mikrotiub Dan Kapilari

Perbezaan antara kedua-dua ini adalah dari segi struktur dripper yang digunakan.

- Iklan -

Mikrotiub lebih cenderung untuk cepat tersumbat daripada kapilari kerana reka bentuk penitisnya yang mempunyai gerigi.

Apabila cuaca panas, saki baki baja yang tidak keluar habis daripada penitis tadi akan berkumpul di sekitar penitis dan berlaku mendapan yang menghalang air daripada keluar.

Apabila kitaran pam yang seterusnya berjalan, kita dapat perhatikan ada polibag yang kering disebabkan oleh faktor tersumbat ini.

Kerumitan yang perlu dihadapi adalah perkara tersumbat ini kerap berlaku hampir setiap hari terutama sekali ketika cuaca panas.

Jika ada 100 polibag yang tersumbat, 100 polibag tersebut perlu dicabut penitis, digosok dan dibilas untuk menghilangkan mendapan. Kemudian disambungkan semula kepada tiub.

Berbanding dengan kapilari yang bukan hanya kurang kadar tersumbat, bahkan komponen nipper tidak digunakan sama sekali.

Nipper tidak diperlukan jika menggunakan kapilari

Kesimpulannya, kedua-dua jenis tiub ini ada kelebihan kekurangannya.

Terpulang kepada pengguna, namun pendapat peribadi saya lebih gemar menggunakan kapilari kerana lebih mudah dan kurang aksesori diperlukan.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.