Banyak Bunga Cili Gugur Tanda Pokok Kurang Asid Amino

Bunga cili gugur bukan kerana penyakit pokok tetapi kerana kekurangan sumber penting di dalam pokok.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Bunga cili gugur ini bukan perkara yang baru. Perkara ini mungkin perkara baru bagi mereka yang baru mula mengenal pokok cili.

Salah seorang peserta Speed Class Fertigasi Cilibangi sedang dalam proses percubaan menanam pokok cili sebanyak 80 polibag. Beliau perhatikan terlalu banyak bunga gugur di sekitar polibag.

Bimbang pokok kurang penghasilan, jalan penyelesaian perlu dibuat segera.

Pokok cili saya 33 Hari Selepas Tanam (HST). Kebanyakan dah berbunga. Cuma bila bunga dah gugur, ada putik yang kuning dan akan gugur. Apa saya perlu buat ye. EC 2.5, 900ml. – Tuan Wan

Bunga banyak gugur.
Pokok sihat, cuma bunga banyak gugur.

Simptom ini biasa jika pokok kita kekurangan nutrien asid amino. Ini bukan penyakit pokok tetapi kerana kekurangan sumber penting di dalam pokok.

Setiap kali ada pameran, saya akan didatangi oleh beberapa pengunjung yang berkongsi pengalaman mereka semasa mereka kecil antaranya:

Dulu mak saya tanam pokok cili belakang rumah, siram air basuhan ikan je pada pokok cili tu. Subur je. Saya tanam tak menjadi.

Banyak faktor yang menjadi punca pokok kurang menyerap nutrien yang diberikan. Hatta, baja yang selengkap baja AB tersebut juga tidak mampu menampung keperluan pokok jika kadar penyerapan pokok tidak efisyen.

Penggunaan bahan neutral atau organik perlu diberikan kepada pokok untuk memastikan kadar penyerapan pokok pada tahap yang optimum.

Jika Bunga Cili Gugur, Apa Saya Perlu Buat?

Solusinya mudah sahaja. Di dalam artikel sebelum ini saya pernah kongsi satu resepi booster pokok di Cara-cara Buat Plant Booster Organik Di Rumah.

Boleh rujuk pautan di bawah berkenaan cara buat bio-booster ini sendiri di rumah. Jika tidak ada masa, boleh sahaja beli yang dah siap, hanya perlu bancuh dan sembur pada pokok sahaja.

- Iklan -

Video Cara Guna Bio-Booster

Bio-booster ini pula digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan boleh digunakan berkali-kali.

Sukatan penggunaan pula;

  1. Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
  2. Minggu 3-5 (20ml/L)
  3. Minggu 6-8 (30ml/L)
  4. Minggu 9 keatas (40ml/L).

Jika saudara tiada masa untuk membuat bio-booster ini, usah gusar Cilibangi ada menjualnya. Klik pautan di bawah untuk membeli di laman jualan kami.

Testimoni Pengguna Bio-Booster

Di dalam Speed Class Fertigasi juga kami bentangkan SOP penggunaan Bio-Booster ini kepada peserta kelas agar jadi amalan dalam aktiviti pertanian komersial.

Bukan Untuk Pokok Cili Sahaja

Ya, semua jenis tanaman dan pokok yang menghasilkan bunga dan buah sesuai menggunakan bio-booster ini.

Mana yang kurang berhasil dapat meningkatkan hasil. Jika bunga atau buah kerap gugur dan tidak lekat, selepas menggunakan bio-booster ini, pokok makin galak berbuah dan berbunga.

Boleh dapatkan Bio-Booster melalui butang di bawah:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Azmi berkata

    10ml 1L air…