Cara-cara Buat Bio Booster Organik Di Rumah

Bagi penanam kecil-kecilan di halaman rumah, pastinya kita mahukan persekitaran yang selamat dan bebas racun kimia. Ini cara buat bio booster di rumah sendiri.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Di dalam artikel ini Tuan dan puan akan belajar cara membuat Bio Booster. Sebelum itu, mari kita kenal serba sedikit asal usulnya.

Organik dan Natural Farming adalah dua perkara yang berbeza. Bahkan untuk mendapatkan pensijilan Skim Organik Malaysia juga bukan perkara yang mudah.

Banyak faktor dan kriteria yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Organik adalah kembali kepada asas. Ini bermaksud tiada langsung penggunaan bahan-bahan kimia termasuk baja dan kawalan serangga.

Natural Farming adalah implementasi penggunaan bahan organik pada sistem penanaman konvensional.

Apakah itu sistem penanaman konvensional? Sistem ini melibatkan penanaman seperti fertigasi, batas tanah, hidroponik, aquaponik dan sebagainya.

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Bagi penanam kecil-kecilan di halaman rumah, pastinya kita mahukan persekitaran yang selamat dan bebas racun kimia.

Di samping itu, kita mahu menggalakkan aktiviti di rumah bersama anak-anak kecil yang tentunya pergerakan mereka sangat aktif dan sangat sukar diduga.

Kadang-kadang kita tidak dapat menyangka tingkah laku mereka.

Apa yang pasti, dengan persekitaran yang selamat dan bebas racun kimia ini, kita mampu menarik nafas lega dengan membiarkan anak-anak kecil kita bebas bermain di sekitar rumah kita.

Hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai alternatif untuk mengoptimumkan tanah sekangkang kera di rumah dengan melakukan aktiviti penanaman.

Dan tentunya, kita pasti mencari sumber yang boleh dikitar semula untuk menjimat pelbagai kos yang terlibat selagi mampu dijimatkan.

Mikrob di dalam tanah.
- Iklan -

Sebagai contoh, kaedah penjagaan tanaman yang dibantu dengan penggunaan bahan organik seperti Efektif Mikro Organisma (EM).

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan EM?

EM atau nama penuhnya adalah Effective Microbe ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok atau berkoloni di sesuatu tempat.

Dengan penggunaan EM ini kita dapat mengurangkan penggunaan racun serangga berasaskan kimia dan disamping menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan hasil tanaman.

Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan dan manfaat kepada serangga dan binatang kecil yang lain.

EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki dan memulihkan tanah.

BACA: 5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem (Semambu), Kawal Serangga Perosak Secara Organik

Menurut Jabatan Pertanian, EM ini telah berjaya dibuktikan penggunaannya ke atas beberapa tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang. Ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman.

En. Wan Muhammad Zukarnain bin Baharudin, seorang Pegawai Pertanian yang berpengalaman dalam tanaman Fertigasi dan Organic Farming yang berpusat di Bahagian Pembangunan Komoditi Serdang telah menjalankan penyelidikan terhadap tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang, dengan hasil yang sangat ketara dari segi pertumbuhan dan juga hasilnya.

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Bahan-Bahan Buat Bio Booster

EM (Plant Booster) atau bio-booster ini sangat mudah disediakan dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:

Bahan-bahan penghasilan plant booster:

  1. Gula merah (1kg)
  2. Belacan(0.5kg)
  3. Nanas (1kg)
  4. Telur(10 biji)
  5. Dedak (0.5kg)
  6. Air (20L)
  7. Susu segar atau susu tepung (2L@kg)
  8. Pisang (1kg)
  9. Betik (1kg)
  10. Labu (1kg)
  11. Kangkong (1kg)
  12. Ragi (5 biji)
  13. Pati Bio-Booster (250ml)

Kaedah pembuatan:

Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan kangkong perlu dikisar halus.

Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, dedak, gula merah dan air.

Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam satu bekas kemudian dikacau.

Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm, panjang 5-6cm dan lebar 2-3 cm diletakkan dipermukaan media bahan yang telah dicampur, tambah 250ml Pati Bio-Booster ke dalam bekas.

Ini bertujuan meningkatkan kadar pemprosesan pati dan menggandakan bilangan mikrob yang sudah sedia ada. Akhir sekali ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas permukaan labu atau media.

Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan peram selama seminggu.

Produk ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis.

Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman

Aplikasi pada tanaman:

Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan di lapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;

  1. Melon
    1. Minggu 1-2 (15ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (20ml/L)
    3. Minggu 6-10 (30ml/L)
  2. Tomato
    1. Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (15ml/L)
    3. Minggu 6-8(20ml/L)
    4. Minggu 9 keatas (25ml/L)
  3. Cili
    1. Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (20ml/L)
    3. Minggu 6-8 (30ml/L)
    4. Minggu 9 keatas (40ml/L).
  4. Pisang
    1. Minggu 2 ( 10ml/1 liter air)
    2. Minggu 4 (15ml/L)
    3. Minggu 8 (20ml/L)
    4. Minggu 10 (25ml/L)
    5. Minggu 12 ke atas hingga matang (30ml/L) setiap bulan.

*Semua kaedah pembajaan dan kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.

Cara Guna Bio-Booster

Testimoni Pengguna Bio-Booster

Tiada Masa Buat Bio-Booster, Nak Beli Kat Mana?

Dapatkan bio-booster melalui kedai online Cilibangi atau Shopee Cilibangi dengan memilih butang di bawah:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi Jabatan Pertanian Malaysia

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

12 Komen
  1. Haniff Latiff berkata

    Cikgu saye dh bt

  2. Haniff Latiff berkata

    Cuma nak tanye.. masa proses peram tu.. mmg akan ade ulat sampah ke.. sbb yg saye punye kewujudan nye terkesan.. huhuhuhuhu

    1. Cilibangi UKM berkata

      Tuan ada tutup bekas tersebut sepanjang proses peraman?

  3. Tarumarajasinggam Segran berkata

    Power. Nak try

    1. Cilibangi UKM berkata

      Silakan Tuan.

  4. Shafir Othman berkata

    dedak apa guna..terima kasih

    1. Fikri Mastor berkata

      Dedak ayam boleh juga Tuan. Tak nak letak pun tiada masalah. Paling penting ada ragi tu.

  5. Mohd amir berkata

    Padi boleh guna dak?

    1. Fikri Mastor berkata

      Boleh juga Tuan Amir. Semua jenis tanaman sesuai digunakan. Saya sudah mencubanya untuk pokok durian yang kerap gugur bunganya. Selepas sembur Bio-Booster ni, buahnya lebat. Dapat merasa buah durian sendiri musim ni.

      1. Ismail berkata

        Masa bila nak sembur dengan booster pada pokok durian ni…masa berbunga atau sebelumnye…

  6. maarof berkata

    plant booster ni kira baja organik ye ? tak perlu pakai baja set AB dah ye ??

  7. Akmal berkata

    Bio booster ni kiranya seperti EM4 ke tuan?