Cara Mudah Kawal Ulat Ratus Secara Biologi
Ulat ratus ini sangat sukar dikawal terutama sekali apabila pokok cili baru mula mahu mengeluarkan bunganya. Ini cara kami kawal ulat ratus di cilibangi.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Ulat ratus (Spodoptera litura) ini merupakan sejenis larva yang sangat mengemari daun-daun tanaman. Berikut kami kongsikan cara kami kawal ulat ratus ini.
Berdasarkan pengalaman menanam cili secara fertigasi ini kami sentiasa menghadapi cabaran serangan ulat ratus ini.
Boleh dikatakan “total loss” seandainya tiada kawalan yang cepat dilakukan seperti semburan racun kimia.
Meskipun kawalan secara organik sudah dibuat secara berkala, kadang kala ada ketika serangga ini berjaya menembusi lapisan pertahanan pokok.
Saya percaya ada di antara kita ini pasti runsing memikirkan apakah langkah yang terbaik dalam mengawal serangga ini.
Tanaman Pengiring (Companion Plant)
Artikel Tahukah Anda Apa Itu Tanaman Pengiring?, saya ada tulis berkenaan beberapa jenis tanaman yang boleh ditanam bersama pokok cili.
Dalam erti kata lain, tanaman yang ditanam bersama pokok cili ini mampu mengurangkan kesan serangan serangga perosak cili.
Dalam pada itu, ada beberapa tanaman ini mempunyai musuh tanaman yang sama seperti cili. Bezanya kedudukan tanaman tersebut ditanam bersama cili.
Adakah tanaman tersebut ditanam di sebelah pokok cili atau jauh daripada pokok cili.
Dalam kes serangan ulat ratus kepada tanaman pokok cili kami, pelbagai usaha selain daripada semburan kawalan serangga berjadual telah dilakukan.
Disebabkan beberapa faktor seperti cuaca yang kerap hujan, pembiakan ulat ratus tidak terkawal di ladang kami.
Strategi Pagar Menggunakan Jagung
Sebelum memulakan musim penanaman yang baru, inisiatif penanaman jagung telah mula dilaksanakan.
Strategi yang dilakukan adalah penanaman jagung dibuat seperti benteng atau pagar.
Pokok jagung ditanam seperti berikut untuk mengumpan induk larva tersebut bertelur di sekitar pokok jagung berbanding dikawasan sekitar tanaman cili.
Kesannya, pokok jagung yang menerima kesan serangan terlebih dahulu dan bertindak sebagai perisai kepada pokok cili.
Ini mampu mengelakkan kesan serangan yang besar kepada tanaman cili.
Bagi mereka yang pernah menanam tanaman cili secara besar-besaran akan terasa dengan kesan kehadiran ulat ratus ini di ladang mereka.
Ini kerana, apabila ulat tersebut ada di kawasan tanaman, ia bukan 1 atau 2 ekor, tetapi beratus dan mungkin mencecah ribuan kuantitinya.
Jika tidak terkawal, pokok cili akan menghadapi kesukaran dalam mengeluarkan hasilnya secara berterusan.
Baca juga artikel kami berkaitan kawalan serangga di bawah:
Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?
Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.