Cara Mengurus Tanaman Cili Yang Diserang Kerinting
Apa yang perlu saya buat dalam mengurus tanaman cili yang diserang kerinting?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Dalam sesi perkongsian kali ini, kami akan berkongsi berkenaan cara-cara mengurus tanaman cili yang diserang kerinting.
Umumnya, penyakit kerinting ini adalah penyakit yang biasa menyerang cili pada semua peringkat pertumbuhannya.
Jadi, dalam video ini kami membahaskan berkenaan apa itu penyakit kerinting pokok cili dan apakah yang perlu kita lakukan berikutnya.
Kenal Pasti Keadaan Pokok Cili Yang Diserang Kerinting
- Adakah pokok masih belum mencecah 30 hari selepas tanam, sudah kena kerinting?
- Adakah umur pokok sudah melepasi 30 hari selepas tanam, baru diserang kerinting?
Umur Pokok Kurang 30 Hari Selepas Tanam
Seandainya umur pokok masih belum mencecah 30 hari selepas tanam (HST) atau dipindahkan ke dalam polibag, biasanya kami akan cabut dan buang pokok tersebut.
Dan setelah itu, kami akan sulamkan (ganti) dengan anak pokok yang sama umur, yang masih berbaki dalam dulang semaian tempoh hari.
Dalam aktiviti semaian dalam dulang semaian, kami biasakan menyemai 20% lebih dari jumlah kapisiti polibag.
Kenapa perlu dicabut dan dibuang?
Ini kerana pokok tersebut tidak akan menghasilkan bunga baru yang akan menghasilkan cili yang dapat dituai untuk jualan.
Pertumbuhan pucuk baru dan bunga terbantut akibat serangan virus ini.
Umur Pokok Sudah Melepasi 30 HST Baru Kerinting
Jika pokok sudah melepasi 30 HST, keadaan pokok tesebut sudah mula mengeluarkan buah bersaiz 1 inci panjang.
Pada peringkat ini, kita tiada masalah untuk simpan pokok, kerana pokok tersebut pada akhirnya akan memberikan hasil tuaian.
Hanya perlu berikan baja foliar tambahan untuk menguatkan daya tahan pokok sementara menunggu hasil untuk dituai.
Seandainya saudara mempunya sebarang pertanyaan boleh ajukan diruangan komen di bawah atau isi borang di sini.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.