Cara Mudah Memastikan Penanaman Bekas Anda Berjaya
Mungkin ada yang pernah mengalami kegagalan untuk mengekalkan kesuburan tanaman kesayangan. Berikut adalah beberapa langkah yang dikenal pasti mampu meningkatkan peratusan kejayaan projek hujung minggu anda.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Mungkin ada yang pernah mengalami kegagalan untuk mengekalkan kesuburan tanaman kesayangan. Berikut adalah beberapa langkah yang dikenal pasti mampu meningkatkan peratusan kejayaan projek hujung minggu anda.
- Bajakan tanaman bekas anda setiap minggu supaya tanaman mendapat nutrien yang cukup.
- Berikan sokongan untuk tanaman anda. Pacakkan kayu/tiang bagi mengelakkan tanaman condong atau patah kesan daripada angin yang kuat.
- Pastikan kedalaman bekas yang anda guna sesuai dengan tanaman yang anda pilih. Akar yang panjang dengan ruang yang tidak mencukupi akan menjadikan tanaman anda terbantut. Contoh tanaman dengan kedalaman bekas yang sesuai :
- 5/4 inci : Kucai, salad, ketumbar, selasih
- 7/6 inci : Bawang putih, bawang merah, kacang
- 9/8 inci : Lobak merah, timun, terung, cili, bayam
- 10-12 inci : Brokoli, bendi, kentang, jagung manis, serai
- Pilih bekas yang besar kerana bekas kecil kering lebih cepat dan perlu menyiram setiap hari.
- Tahu kadar pencahayaan yang diperlukan tanaman. Letakkan tanaman bekas anda di kawasan yang sesuai mengikut kadar cahaya yang diperlukan.
- Isi bekas anda dengan medium bukan tanah yang mengekalkan kelembapan dan tahan pemadatan.
- Jika mahu menaman tanaman peneman, pilih tanaman peneman yang boleh memberi kebaikan kepada tanaman yang telah ditanam.
Kami kongsikan beberapa video yang menunjukkan cara mudah dalam memastikan tanaman bekas anda berjaya. Selamat menanam!
Tanaman Bekas Sayur Dan Buah
Bagaimana Menanam Sayur-sayuran Dalam Bekas
Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?
Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.
-
Baja AB Fertigasi 500ml
RM10.00 Beli di e-Shop -
Sale!
E-book 12 Serangga & Perosak Tanaman, Dan Cara Mengawalnya
RM8.50 Dapatkan Sekarang -
E-book 36 Tip Mudahnya Tanam Cili di Rumah
RM0.00 Dapatkan Sekarang -
Mini Fertigasi 10 Polibag
RM220.00 Beli Di Shopee -
Mini Fertigasi 20 Polibag
RM300.00 Beli Di Shopee -
Speed Class Fertigasi Cilibangi (Online)
RM150.00 Daftar Sekarang