Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Sifatnya yang berkualiti, tahan serangan penyakit dan dapat dituai secara serentak menarik minat ramai pihak mendapatkan Cilibangi.
Penyelidikan lebih 30 tahun Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri menghasilkan Cilibangi yang pelbagai sifat.
Susulan daripada itu, Serotech Sdn Bhd yang juga anak syarikat UKM memperkenalkan kit permulaan Cilibangi.
Ia adalah fasa pengkomersialan Serotech bagi mempromosikan produk inovasi UKM.
Terdapat dua jenis kit permulaan iaitu mini (untuk dua anak pokok) dan benih Cilibangi (untuk empat anak pokok).
Bahan tanaman disediakan termasuk benih, medium semaian, pasu anak pokok, semburan serangga perosak, baja organik dan panduan penanaman.
Bagi memudahkan orang ramai mengakses produk dengan lebih mudah, Serotech memperkenalkan produk Point of Purchase (POP) kit permulaan Cilibangi.
Kaedah pemasaran terbaru ini sebagai tambahan kerangka promosi secara atas talian, ‘walk-in’ dan pameran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharifah Nur Rahimah Syed Alias berkata, POP memberi ruang lebih luas kepada peminat Cilibangi mendapatkan produk itu.
“Dulu, kami fokus kepada tiga kaedah jualan (atas talian, ‘walk-in’ dan pameran).
“Ia berjaya, tetapi tidak ramai dapat ruang itu dan semua itu berdasarkan e-mel diterima,” katanya.
Katanya, idea mewujudkan POP tercetus tahun ini bagi membuka ruang lebih luas dalam pemasaran produk.
“Selalunya kaedah POP dikendalikan syarikat besar terutama di pasar raya.
“Apabila kami menggunakan pendekatan sama, kesannya sangat positif,” katanya.
Buat permulaan, POP di pasarkan menerusi pusat jualan pokok atau nurseri di sekitar Lembah Klang.
Empat lokasi POP seperti Lily Garden di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi, Romatech Agro di Batu 14 Jalan Puchong, Cordyline Nursery di Kajang dan Ampang.
Sementara itu, Serotech juga mempelawa orang ramai menjadi pengedar POP di seluruh negara.
Ketika ini katanya, Cilibangi bersedia membekalkan lebih sejuta anak benih Cilibangi.
Kit mengandungi bahan tanaman termasuk benih, medium semaian, pasu anak pokok, semburan serangga perosak, baja organik dan panduan penanaman.
Hubungi 03-89261238 (waktu pejabat) atau e-mel di info@serotech.com.my untuk maklumat lanjut.
Oleh: Mohd Sabran Md Sani (sab@hmetro.com.my)
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:00 AM – See more
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.