Lihat Cara Tanam Herba Inggeris Guna Sistem NFT
Tanam herba inggeris dengan mudah menggunakan sistem NFT.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Di dalam video di atas, kami kongsikan pada saudara cara untuk kita biakkan lebih banyak tanaman herba inggeris kita dengan kaedah Nutrient Filament Technique (NFT).
Sistem ini mengguna pakai konsep yang sama seperti fertigasi, cuma perbezaan NFT dengan hidroponik adalah air yang diberi kepada pokok ini sentiasa bergerak. Tidak seperti hidroponik yang menakung air bajanya di dalam satu basin sahaja.
Tanam Herba Inggeris Cara NFT Daun Segar
Tiada kerisauan pokok kekeringan disebabkan tidak diberi air beserta baja, kerana sistem NFT ini berfungsi menyelesaikan masalah tersebut.
Herba inggeris seperti oregano, thymes, rosemary dan lain-lain sesuai di tanam di Malaysia namun memerlukan beberapa kriteria seperti tidak memerlukan air yang banyak dan tidak terlalu lembap.
Kena dengan cara dan teknik, pasti segar herba-herba ini. Jom tonton cara-cara Tuan Hairiz biakkan herba inggeris ini
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.