Menu Berbuka #9 Ramadhan Asparagus Goreng Belacan
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Dapatkan Khasiat Asparagus Semasa Bulan Ramadhan!
Puasa pada siang hari memerlukan kita prihatin terhadap kandungan nutrien yang terdapat dalam masakan berbuka dan bersahur. Salah satu cara bagi mendapatkan nutrien yang penting ialah melalui pengambilan sayuran asparagus.
Asparagus merupakan sayuran yang terdapat banyak kandungan khasiat yang tersendiri seperti Vitamin C, Asid folik, kandungan serat, Potassium dan sebagainya. Ianya banyak membantu dalam kesihatan jantung, sistem pencernaan, mengawal gula dalam darah, dan beberapa manfaat yang lain.
Kali ini, saya kongsikan resepi ASPARAGUS GORENG BELACAN untuk juadah berbuka puasa.
Asparagus Goreng Belacan. Foto: Amie Little KitchenBahan-bahan:
- 10 batang asparagus – potong bahagian pucuknya yang lembut sepanjang 3 cm
- 10 ekor udang harimau saiz sederhana – buang kulit dan belah belakang
- garam / gula / perasa pilihan
- minyak
Bahan tumbuk / kisar:
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- belacan sebesar ibu jari
- 7 biji cili kering
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang harimau dan gaul sebari. Biarkan udang sehingga masak.
3. Masukkan asparagus dan tutup kuali selama 1 minit supaya sayur asparagus masak dan warna hijaunya kelihatan cantik.
4. Buka penutup kuali dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.
6. Asparagus Goreng Belacan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.