Dengan Video Ini, Anda Sebenarnya Boleh Bantu Pokok Mendebunga

Agen pendebungaan penting untuk proses pendebungaan tanaman yang mempunyai bunga supaya buah dapat dihasilkan. #tanamcili #cilibangi

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Lain pokok, lain kaedah mendebunganya. Jom sama-sama tonton video ini untuk mengenal kaedah mendebunga pokok sayuran anda. Artikel ini dikongsi untuk menjawab pelbagai persoalan yang berkaitan dengan “Bolehkah pokok mendebunga sendiri” atau “Kenapa pokok saya tak banyak menghasilkan buah? Banyak bunga yang gugur”.

Semoga artikel ini mampu menjawab persoalan di atas dan bermanfaat buat teman-teman. Jangan lupa untuk melakukan bantuan pendebungaan bunga sayuran anda pada waktu pagi!

Lebah Kelulut Di Bunga Cilibangi
Lebah Kelulut Di Bunga Cilibangi

Agen pendebungaan penting untuk proses pendebungaan tanaman yang mempunyai bunga supaya buah dapat dihasilkan. Bantuan proses pendebungaan tanaman tersebut boleh dilakukan secara pendebungaan tangan. Teknik pendebungaan tangan boleh digunakan untuk tanaman sayuran seperti cili, tomato dan terung.

BACA: Mengapa Lebah Kelulut Menjadi Teman Setia Cili

Pendebungaan tangan untuk bunga terung boleh dilakukan dengan :

  • mengetuk secara perlahan pada bunga;
  • menggunakan berus kecil –  gosok perlahan debunga pada stamen dan letakkan ke
    atas stigma.

Cili – Struktur bunga cili sebenarnya tidak memerlukan tangan manusia untuk mendebunga. Agen mendebunga seperti lebah juga boleh membantu. Ada petani akan melakukan rutin harian dengan mengetuk secara perlahan pada dahan pokok, supaya debunga tersebut jatuh pada stima.

Tomato

- Iklan -

Tonton video ini untuk sedikit pendedahan tentang pendebungaan tangan bunga tomato anda.

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=Y4_Mi-EwFqw[/youtube]

Timun

Tonton video ini untuk sedikit pendedahan tentang pendebungaan tangan bunga timun anda.

[youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=hq_KNAAG7j0[/youtube]

Terung

Tonton video ini untuk sedikit pendedahan tentang pendebungaan tangan bunga terung anda.

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=yuSVTbPW8p0[/youtube]

Ulang kaedah yang anda pilih untuk beberapa kali. Pendebungaan berjaya jika bunga yang anda kacuk tidak gugur selepas beberapa hari. Ini adalah satu tanda pasti untuk menjangkakan buah kecil tidak lama lagi.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.