Ekstrak Semambu (Neem Oil) Bertindak Sebagai Anti Kulat Dan Penghindar Serangga

Mencari racun serangga yang bukan toksik dan selamat untuk tanaman kita sebenarnya satu cabaran yang agak sukar. Boleh cuba buat ekstrak semambu untuk tujuan kawalan serangga.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Foto: Wikipedia
Foto: Wikipedia

Membantu Tumbuhan Anda Dengan Ekstrak Semambu / Neem

Mencari racun serangga yang bukan toksik atau lebih sesuai dilabel sebagai kawalan penghindar serangga dan selamat untuk tanaman kita sebenarnya satu cabaran yang agak sukar.

Kita semua mahu menjaga persekitaran kita, keluarga kita dan makanan kita, tetapi produk bukan kimia yang berada di pasaran mempunyai keberkesanan terhad.

BACA: Kenapa Lelaki Ini Bersungguh Mengajak Anda Memakan Makanan Organik

Racun serangga minyak semambu (neem oil) adalah jawapan kepada pekebun kepada masalah mereka. Ia selamat digunakan tumbuhan, tidak meninggalkan sisa berbahaya di dalam tanah dan berkesan mengurangkan atau membunuh serangga perosak.

- Iklan -

- Iklan -

Foto: Dinkalorg
Foto: Dinkalorg

Apa Itu Neem?

Neem berasal dari pokok Azadirachta indica, sebuah pokok yang banyak terdapat di India dan juga di Selatan Asia. Neem banyak digunakan secara tradisional.

Sejak berkurun lagi, benihnya telah digunakan untuk lilin, minyak dan sabun persediaan (lotion). Pada masa yang sama juga, neem boleh didapati dalam banyak produk kosmetik.

ekstrak semambu
Foto: Madina Online
neem
Foto: Himalaya

Neem boleh diambil atau diekstrak dari kesemua bahagian pokoknya, tetapi benihnya memegang kepekatan yang tinggi untuk racun serangga. Terdapat pelbagai kegunaan minyak neem, tetapi pekebun-pekebun menggunakannya untuk sifat anti kulat dan racun serangga.

Kegunaan Neem Pada Tanaman

Semburan neem menunjukkan sesuai digunakan kepada pertumbuhan pokok muda. Minyak ini mempunyai separuh hayat selama tiga hingga 22 hari di dalam tanah tetapi hanya 45 minit hingga empat hari di dalam air.

Ia tidak toksik kepada burung, ikan, lebah dan hidupan liar, dan kajian menunjukkan tiada kanser atau penyakit lain kesan dari penggunaannya. Ini menjadikan minyak neem sangat selamat untuk digunakan jika digunakan dengan betul.

BACA: Video Yang Mungkin Mengubah Tanggapan Anda Mengenai Organik

Racun Serangga Ekstrak Semambu/Neem

- Iklan -

Ia sangat berguna sebagai pencegah atau penghindar kepada hama dan juga sesuai digunakan untuk serangga lain yang menghisap atau mengunyah struktur tumbuhan. Antaranya:
•    Afid
•    Lalat putih
•    Lalat buah
•    Mealy bugs

Pek Pati Repellente 2

Repellente 2 ini turut mengandungi ekstrak neem

Di Cilibangi, kami perkenalkan produk Repellente 2 yang turut mengandungi ekstrak semambu/neem di dalam larutan kawalan serangga ini.

Boleh dapatkan pati Repellente di laman jualan Cilibangi.

Bagaimana Penggunaan Semburan Neem

Sesetengah pokok boleh mati disebabkan minyak neem terutama jika digunakan secara tidak terkawal.

Gunakan minyak neem pada waktu petang untuk mengelakkan sebarang gangguan ke atas daun dan membolehkan ia meresap ke dalam tumbuhan.

BACA: Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah

Penggunaan neem oil tidak sesuai digunakan pada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Elakkan penggunaan neem ke atas pokok yang kering disebabkan kemarau atau lebih air.

Gunakan  racun serangga neem seminggu sekali dapat membantu membunuh serangga perosak dan juga kulat. Sembur ke atas dan bawah permukaan bahagian daun.

Adakah Minyak Neem Selamat Digunakan?

Ia tidaklah berbahaya apabila digunakan dengan betul. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mengatakan produk ini umumnya diiktiraf sebagai selamat.

Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya membasuh hasil tuaian atau tanaman yang telah disapu dengan neem menggunakan air yang bersih.

Namun, ada juga yang curiga terhadap kesan sampingan neem pada serangga yang baik seperti rama-rama, ladybird, dan lebah.

BACA: Mengapa Lebah Kelulut Menjadi Teman Setia Cili

Berkenaan lebah, ada kajian menunjukkan bahawa sekiranya penggunaan neem secara tidak terkawal, dan dalam kuantiti yang besar, ia boleh memberi ancaman kepada koloni yang kecil.

Namun, tidak pada koloni yang sederhana dan besar.

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.
Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!

Sumber Gardening Know How NPIC IPM
Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.