Ini Cara Guna Baja NPK Butir Dengan Betul

Kesilapan pemberian baja NPK yang sedikit mampu menyebabkan pokok turut terkesan seperti lecuh pada pangkal pokok.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Baja NPK butir ini sudah menjadi baja yang biasa dilihat di mana sahaja.

Namun, timbul pelbagai isu dan cabaran terutama bagi mereka yang baru hendak mula bercucuk tanam di tepi rumah.

“Pokok saya tu, bukan saya tak baja. Tapi setiap kali baja je, mesti layu teruk”, luah salah seorang pelanggan cilibangi.

Sangkaan awal saya, pasti beliau menggunakan baja NPK tapi dengan cara yang kurang tepat.

Pokok Cili Lecuh Baja?

Ya, kesilapan yang sedikit mampu menyebabkan pokok turut terkesan seperti lecuh pada pangkal pokok.

Puncanya adalah kesilapan dalam pemberian baja NPK ini tepat kepada zon pangkal pokok.

“Saya ingatkan tabur baja tu kena betul-betul kat pangkat pokok. Yelah, senang dia nak serap baja tu terus” ujar pelanggan itu lagi.

Jika tidak dikawal, kemungkinan besar pokok tersebut akan mati dan hasilnya kita tidak dapat.

Perlu ada langkah yang pantas dengan membuang saki baki baja yang masih berada di atas permukaan tanah tersebut.

Ini Cara Guna Baja NPK Yang Betul

Baja NPK jenis granule ini hanya sesuai digunakan pada medium tanah campuran sahaja, bukan menggantikan baja AB di dalam sabut kelapa.

Pemberian baja NPK tidak sama seperti pemberian baja AB yang menggunakan sistem fertigasi.

Berikut adalah langkah-langkah pemberian baja NPK kepada pokok cili.

Baja NPK Pertumbuhan 15:15:15
- Iklan -

Kekerapan Pemberian Baja NPK

Hanya memerlukan 2 kali dalam sebulan atau 2 minggu sekali sahaja untuk pemberian baja NPK ini.

Ini kerana baja NPK jenis granule akan terurai pada medium tanah campuran dan dilepaskan perlahan-lahan.

Jangan pula kita tabur setiap hari ya.

Nisbah Baja NPK Mengikut Peringkat Penanaman

Ada dua peringkat penanaman iaitu

  1. Vegetatif
  2. Generatif

Jadi untuk peringkat pertumbuhan atau sebelum pokok cili menghasilkan bunga, peringkat ini dikenali sebagai peringkat vegetatif.

Baja yang sesuai diberikan pada peringkat ini adalah baja NPK Pertumbuhan atau NPK Hijau yang bernisbah 15:15:15.

Manakala untuk peringkat selepas berbunga sehingga tamat musim penanaman, pokok sudah memasuki fasa generatif.

Pada peringkat ini kita berikan baja NPK Buah atau NPK Biru yang bernisbah 12:12:17.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Seandainya ada sebarang persoalan berkenaan pembajaan boleh juga rujuk dalam artikel berikut atau tanya melalui ruangan komen di bawah:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi Fikri Mastor

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Noraini Muhamad Nor berkata

    Assalamualikum ..
    saya baru nak blajar tanam cili dekat laman rumah
    saya nak guna coco peat sebagai madia tanam
    ..saya nak tahu cara pembajaan ..