Kenali Cili Padi
Kenali cili padi yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Di Malaysia, uniknya cili ini mempunyai pelbagai nama, ada yang sebut cili api, ada juga menyebut cili padi.
Di utara pula tidak dipanggil cili tetapi cabai burung, teringat semasa aktiviti penanaman cili tahun 2018 di sekolah SMK Megat Dewa, SMK Tunku Sulong dan SMK Pokok Sena 2.
Di Indonesia pula disebut sebagai cabe rawit.
Ciri-ciri Pokok Cili Padi
Secara asasnya, semua cili ini adalah dari spesis yang sama iaitu Capsicum Frutescens Linn.
Jika dibandingkan varieti cili besar dan cili padi ini, cili besar sangat berisiko di serang penyakit cili. Apabila serangan virus berlaku, pokok cili besar paling tidak tahan.
Berbanding cili padi ini, biarpun ada yang kerinting, masih tetap mengeluarkan hasil, tidak banyak tetapi tetap ada hasil.
Tempoh penanaman cili secara komersial yang singkat ini menyebabkan kita terpaksa membuat aktiviti sulaman dan buang pokok yang rosak pada keadaan tertentu.
Berkenaan penyakit kerinting ini, saya ada bahaskan dalam artikel berikut:
Pokok cili padi ini sangat mudah ditanam baik di tanah rendah mahupun di tanah tinggi. Cili ini merupakan salah satu sayuran yang paling banyak ditanam di asia tenggara.
Rasa pedas usah dibahaskan, kalau tidak pedas bukan cili api namanya. Catatan tahap kepedasan cili padi ini diukur dalam julat 50,000 – 100,000 Scoville Heat Unit (SHU).
Jika dibandingkan dengan Carolina Reaper memang jauh panggang dari api. Carolina reaper lagi pedas, tahap tidak boleh bawa berbincang.
Cili padi ini dikategorikan sebagai cili sederhana pedas. Namun, pada padangan peribadi saya yang tidak berapa makan makanan yang pedas, cili padi ini sepatutnya kategori sangat pedas.
Cabaran Penanaman Cili Padi
Selain daripada penyakit tadi, sebenarnya cabaran penanaman cili padi adalah pada waktu hendak menuai hasil.
Sehingga saat artikel ini ditulis, belum ada lagi mesin yang mampu membantu proses penuaian cili padi ini.
Pengalaman kami, 10kg sehari bermula seawal 8 pagi, berhenti rehat pada jam 12 tengah hari dan sambung semula selepas solat zohor dan makan tengah hari. Tepat jam 5 petang, 10 kg hasil kutipan.
Hanya menuai cili, tidak fokus memegang telefon dan sebagainya. Hanya berhenti rehat untuk makan dan solat.
Upah memetik Cili Padi pula sekitar RM3.00 – RM3.50 per Kilogram. Itu yang menyebabkan antara faktor kenapa cili padi ini mahal berbanding cili besar.
Berdasarkan maklumat perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, sebanyak keluasan ladang cili telah ditanam di seluruh Malaysia pada tahun 2018.
Jenis Cili Padi Yang Ditanam Di Malaysia
Terdapat dua jenis cili yang popular ditanam sejak beberapa tahun yang lepas, antaranya seperti Cili Padi Centil dan Cili Padi Bara.
Biasanya cili centil sangat popular di pasaran sekitar johor dan melaka. Manakala, cili bara boleh kerap dilihat di tanam di semua negeri kecuali johor dan melaka.
Varieti jenis padi bara ini berasal daripada syarikat panah merah yang berpangkalan di Indonesia, manakala bagi varieti centil pula untuk tanaman cili ini.
Cara Menanam Cili Padi
Kaedah penanaman cili padi ini sama seperti cili besar yang telah saya huraikan dalam artikel yang lepas.
Bezanya yang saya lihat pada peringkat semaian. Biasanya rendaman biji benih ke dalam air semalaman perlu dibuat bagi sayuran berbuah seperti cili, terung, tomato dan sebagainya.
Namun, khusus untuk cili padi ini kita perlu buat rendaman semalaman dengan menggunakan air suam, sekitar suhu 50 celcius ke bawah. Jika ada mesin air berpenapis seperti coway sebagai contoh, boleh gunakan mode suam / warm.
Saya dapati jika menggunakan air paip suhu bilik, memang kadar percambahannya tidak mencapai lebih 50%. Namun, dengan membuat rendaman menggunakan air suam boleh meningkatkan kadar percambahan sehingga 90%.
Di dalam siri artikel akan datang, saya akan berkongsi lagi berkenaan perkara berikut:
- Ciri-ciri Pokok Cili Padi
- Apakah Jenis Cili Padi Yang Ditanam Di Malaysia
- Cara-cara Menanam Cili Padi Bermula Dari Semaian Sehingga Tuai
Kesimpulan
Cili padi sangat mudah ditanam cuma berdasarkan pengalaman kami cabaran yang besar adalah pada peringkat untuk memetik hasil cili tersebut.
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.