Kenali 6 Indeks Kematangan Cili Besar Bagi Tujuan Penuaian

Terdapat beberapa kriteria mengikut kehendak pasaran yang perlu dipatuhi antaranya adalah indeks kematangan cili.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pada tahun 2018, menurut Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia, terdapat 3,305 hektar tanaman cili, ini termasuk bagi cili besar dan cili padi yang ditanam di seluruh Malaysia.

Dianggarkan hasil pengeluaran adalah sebanyak 26 ribu metrik tan yang dihasilkan. Cili adalah sayuran yang paling banyak diperlukan oleh setiap rakyat Malaysia.

Pernah kami temuramah beberapa pembeli cili padi untuk kegunaan di rumah di sekitar Beranang, Selangor. Tempat ini adalah sempadan di antara Selangor dan Negeri Sembilan.

Seperti yang kita tahu, orang nogori ini memang kuat makan cili padi ni. Jadi hasil tinjauan kami, sekurang-kurangnya 1 rumah memerlukan 1kg cili padi dalam tempoh seminggu.  Banyak tu!

Sumber Gambar

Dalam masa yang sama ada yang bertanya kaedah menanam dan kaedah memetik cili ini. Cili besar terutamanya boleh dijual sebagai cili hijau atau cili merah. Jadi ada beberapa indeks yang perlu kita kenal pasti supaya menepati kehendak pasaran.

Cili padi pula, tidak terlalu banyak indeks kematangan cili. Ini kerana peraih atau pembeli biasanya meminta sebaiknya cili hijau dan cili merah tersebut dipetik secara seimbang. Mesti ada campuran hijau dan merah untuk dijual cili tersebut.

Indeks Kematangan Cili

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan Indeks Kematangan Cili Besar berdasarkan cilibangi yang kami tanam ini. Maklumat indeks ini juga dirujuk pada beberapa agensi kerajaan seperti FAMA dan Jabatan Pertanian Malaysia.

Cili besar boleh dijual sebagai cili hijau atau cili merah. Terdapat 6 peringkat cili iaitu peringkat 1 sehingga peringkat 6. Tahap kematangan cili tersebut boleh diperhatikan pada perbezaan warna pada buah cili.

Indeks ini berdasarkan peringkat cili semasa yang masih belum dipetik di pokok cili. Baca juga 4 Faktor Mempengaruhi Tahap Kematangan Cilibangi.

Indeks Kematangan 1 (Tidak Matang)
Indeks Kematangan 1 (Tidak Matang)

Indeks Kematangan Cili 1 (Tidak Matang)

Warna cili masih hijau muda. Masih terlalu awal untuk dijual sebagai cili hijau. Tunggu beberapa hari sedikit ( 1 minggu), warna kulit akan bertukar menjadi hijau tua dan berkilat.

Indeks Kematangan Cili 2 (Matang)

Indeks Kematangan Cili 2 (Matang)

Pada peringkat 2 ini, cili sudah mula menunjukkan ciri hijau tua dan berkilat. Cili ini tahan agak lama berbanding cili merah, namun harga sedikit rendah berbanding cili merah.

Walau bagaimanapun, bagi baka cili solok yang biasa bagi pasaran kelantan, cili tersebut dijual agak tinggi walaupun cili hijau.

Indeks Kematangan Cili 3 (Cukup Matang)

Indeks Kematangan Cili 3 (Cukup Matang)

- Iklan -

Saya tak pasti istilah ini betul ataupun tidak, biasa kami memanggil cili pada peringkat indeks kematangan cili 3 ini adalah ‘cili kirau’. Ini kerana pada kulit cili tersebut terdapat dua warna. Cili ini dijual sebagai cili merah.

Perubahan warna dari hijau ke merah. Ada soalan lucu juga setiap kali kami menyertai siri pameran;

Pokok cili ni hasilkan cili merah atau hijau?

Maksud yang bertanya adakah pokok cili ini menghasilkan cili mengikut jenis warnanya. Ada pokok yang hasilkan cili hijau, ada pula pokok yang menghasilkan cili merah.

Jawapannya terjawab dengan gambar indeks kematangan cili 3 ini.

Dari segi ketahanan, berdasarkan pengalaman saya simpan pada suhu bilik, cili pada peringkat ini masih boleh disimpan sehingga seminggu.

Indeks Kematangan Cili 4 (Cukup Matang)

Indeks Kematangan Cili 4 (Cukup Matang)

Berbeza dengan indeks 3, warna merah sudah melebihi warna hijau. Masih ada baki warna seakan kehitaman itu adalah warna hijau yang belum berubah.

Dalam siri artikel akan datang saya akan huraikan, bagaimana cili hijau ini mereka paksa menjadi merah pada satu keadaan yang tertentu. Tujuannya untuk memastikan cili tersebut sampai pada pembeli dengan warna merah sepenuhnya.

Dari segi ketahanan, cili ini sudah tidak boleh disimpan lama. Perlu cepat dijual untuk mengelakkan perubahan fizikalnya seakan sudah lama dipetik. Dijual sebagai cili merah.

Indeks Kematangan Cili 5 (Cukup Matang)
Indeks Kematangan Cili 5 (Cukup Matang)

Indeks Kematangan Cili 5 (Cukup Matang)

Warna kulit telah sepenuhnya warna merah 100%. Dijual sebagai cili merah dan dari segi ketahanan pula sekitar 1-2 hari untuk kelihatan segar. Kulit merah terang dan berkilat.

Indeks Kematangan Cili 6 (Amat Matang)
Indeks Kematangan Cili 6 (Amat Matang)

Indeks Kematangan Cili 6 (Amat Matang)

Biasanya pada peringkat ini, harga cili merah akan terlalu rendah. Pembiak baka cili akan mengambil cili pada peringkat ini untuk dijadikan benih.

Moga info ini membantu saudara dalam memetik hasil tuaian yang sesuai mengikut kehendak pasaran. Baca juga artikel kami berkenaan kematangan cili berdasarkan pencahayaan:

 


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Anim Hosnan

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Supian Saupi berkata

    salam tuan fikri,saya ade persoalan tentang pengunaan baja ure sebagai baja foliar,berape kadar bacuhan urea dalm 1 liter air,berapa kah kadar semburan utk setiap pokok,bilakah masa sesuai utk semburan foliar Hlt,adakah sesui dari mula tanam sehingga pokok berbuga,terima kasih

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan Supian,

      Mohon maaf atas kelewatan membalas komen ini. Untuk baja urea, kami tidak gunakan sebagai foliar. Hanya baja calcium boron sahaja. Namun, untuk sukatan baja Urea ini tuan boleh gunakan larutan seperti berikut: 1 sudu besar dicampur bersama 10 liter air. Kemudian disembur pada keseluruhan daun.