Kenapa Cili Membuatkan Lidah Anda Rasa Pedas

Ramai yang beranggapan bahawa rasa pedas cili berpunca daripada bijinya. Sedangkan bahagian lain yang menyebabkan rasa pedas tersebut.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Buah Cilibangi Tanam Secara Organik
Buah Cilibangi Tanam Secara Organik

 

Ramai yang beranggapan bahawa rasa pedas cili berpunca daripada bijinya. Namun, rasa cili yang pedas sebenarnya berpunca daripada bahagian putih yang terdapat di sekeliling biji-biji cili atau dikenali sebagai plasenta. Kandungan yang wujud di dalam plasenta inilah yang dikenali sebagai minyak cili atau capsaicin.

 

BACA: Tahukah Anda Capsaicin Mampu Menurunkan Berat Badan

 

Placenta ini berfungsi memegang biji-biji cili serta berperanan memastikan pertumbuhan biji cili dengan baik. Capsicin ini turut dikenali sebagai minyak cili yang terdapat di dalam plasenta ini yang menyumbang kepada rasa pedas cili.

 

- Iklan -

Kandungan capsaicin ini diukur menggunakan skala Scoville. Cilibangi mempunyai kandungan capsaisin dari serendah 140 000 ke 300 000 Scoville unit.

 

BACA: 4 Faktor Mempengaruhi Tahap Kematangan Cilibangi

 

Jika dibuat perbandingan dengan cili kampung atau cili burung, Cilibangi-3 hampir menghampiri tahap kepedasan cili kampung tersebut. Cuma, bezanya pada saiz cili. Cilibangi mempunyai struktur buah yang besar dan panjang berbanding cili kampung yang kecil saiznya sebesar syiling 20 sen.

 

Capsicin bersifat hidrofobik atau ‘fobia-air’. Dengan minum bergelas-gelas air untuk menghilangkan rasa pedas bukanlah cara yang terbaik kerana ia tidak memberi apa-apa kesan.

 

Cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa pedas adalah dengan pengambilan minuman bersusu kerana capsicin boleh melarut ke dalam makanan yang berlemak.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.