Lihat Lelaki Ini Buat Biak Baka Cili Terpedas Di Dunia
Lihat seperti senang sahaja membuat baka cili terpedas di dunia ini. Hakikatnya perlu berulang-ulang proses biakbaka ini.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Bercakap tentang cili, tentu sahaja kita ingat rasa pedasnya. Tetapi tahukah anda apakah cili terpedas di dunia hari ini?
Lelaki ini bernama Ed Currie, pengasas Puckerbutt Pepper Company adalah seorang bekas pegawai bank yang mempunyai minat mendalam menghasilkan baka cili pedas ini.
Sesi dokumentari ini mengisahkan bagaimana beliau boleh bermula dengan idea membuat biak baka cili carolina reaper ini.
Dan sehingga hari ini beliau masih meneruskan program biak baka cili untuk menemukan cili yang lagi pedas dari sedia ada.
Carolina Reaper Cili Terpedas Di Dunia
Teknik yang beliau gunakan adalah biak baka terpilih dengan menyilangkan baka Habanero dengan Bhut Jolokia.
Setelah berkali-kali proses ini berjalan, maka terhasil Carolina Reaper.
Kurniaan Daripada Tuhan
“Ia adalah hadiah daripada Tuhan” – Ed Currie.
Pasti bukan biasa-biasa cili carolina reaper ini.
Lihat beliau mengunyah cili yang pedas begitu sahaja, pasti sudah lali dengan rasa pedas. Bukan main-main, paling pedas tu.
Melihat kepada gaya terkini yang suka membuat video reaksi memakan cili atau makanan yang pedas, Ed Currie tidak menyarankan anda membuat perkara yang sama pada Carolina Reaper.
Wah, amaran sudah diberi, namun tetap ada juga yang degil seperti menyahut cabaran pula. Anda pernah makan cili?
Baca juga artikel berkenaan Carolina Reaper di bawah:
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.