Bagaimana Cara Menganalisa & Memahami Penyakit Tanaman Di Kebun

Proses analisa ini sangat penting bagi setiap pengusaha tanaman. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang memberi kesan terhadap penghasilan sesuatu tanaman. Tidak dapat tidak, selaku pengusaha harus mengambil inisiatif menambah ilmu pengetahuan dalam pengurusan penanaman.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Proses analisa ini sangat penting bagi setiap pengusaha tanaman. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang memberi kesan terhadap penghasilan sesuatu tanaman. Tidak dapat tidak, selaku pengusaha harus mengambil inisiatif menambah ilmu pengetahuan dalam pengurusan penanaman.

Pelbagai peringkat tumbuhan perlu diperhatikan untuk mendapatkan keputusan yang tepat bagi setiap analisis. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pelbagai tindakan yang merugikan masa, tenaga dan wang. Jika hasil analisa ini tepat, maka kita mampu mengawal cabaran yang sedang dihadapi di kawasan penanaman.

Simptom Serangan & Tanda Serangan

Dua istilah ini kelihatan serupa, namun ada bezanya. Kita perlu bijak membezakan kedua-dua istilah ini dalam proses menganalisa penyakit tumbuhan.

Simptom Serangan – Ini merujuk kepada perubahan morfologi tumbuhan atau hasil tindak balas tumbuhan terhadap sesuatu serangan seperti patogen/agen penyakit. Sebagai contoh, Bintik Daun, Layu, Nekrosis, Klorosis dan Terbantut.

Tanda Serangan – Ini sangat sinonim dengan struktur/bentuk yang terhasil akibat serangan daripada patogen/agen penyakit. Kita dapat lihat ada sesuatu yang wujud di permukaan kulit tanaman tersebut. Sebagai contoh, kulat, cendawan, spora dan miselium pada tumbuhan tersebut.

Jika dibandingkan antara Simptom Serangan dengan Tanda Serangan, sebenarnya Tanda Serangan lebih mudah kita gunakan untuk menganalisa penyakit. Ini kerana kita dapat mengenalpasti puncanya dengan cepat berdasarkan tanda yang terhasil.

“Oh, Ini mesti kerja kulat”

Ungkapan ni biasa saya sebut apabila melihat sesuatu permukaan tersebut seakan berbulu, lebih tepat pada istilahnya adalah spora.

Bagi mengenal pasti simptom serangan ini dengan tepat, sebaiknya kita perlu pecahkan kepada 4 pecahan: Serangga, Bakteria, Kulat dan Virus.

Serangga – Serangga ini biasanya dapat dilihat dengan mengunakan mata kasar mahupun dengan bantuan kanta pembesar.  Kita boleh kenal pasti berdasarkan bentuk fizikal serangga itu sendiri, telurnya atau larva yang wujud di persekitaran pokok tanaman kita.

- Iklan -

Cara mengawalnya bergantung pada jenis serangga yang menyerang dan juga tahap serangannya. Ada serangga yang perlu sekadar menggunakan perangkap dan ada juga cukup sekadar semburan kawalan serangga pada fizikal tumbuhan.

BACA: Semburan Kawalan Serangga Berjadual

Bakteria – Bakteria, biasanya akan menzahirkan simptom kelayuan pada pokok. Sistem pokok terganggu daripada dalam. Bagaimana untuk melihat kewujudan bakteria ini? Kita boleh potong batang atau daun, kemudian celup ke dalam bekas yang mengandungi air jernih.

Kita akan mendapati terdapat cairan keputihan keluar dari bahagian yang dibelah tadi. Jika wujud keadaan ini, memang sah pokok kita diserang oleh agen bakteria.

Kulat – Kehadiran kulat ini dapat dilihat pada kewujudan misilium, spora atau cendawan yang muncul di permukaan tumbuhan. Kebiasaannya rawatan anti-kulat akan dibuat samada menggunakan racun kulat atau kawalan organik seperti daun semambu atau neem.

BACA:

  1. 5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem (Semambu), Kawal Serangga Perosak Secara Organik
  2. Ektrak Semambu (Neem Oil) Bertindak Sebagai Anti Kulat Dan Penghindar Serangga

Virus – Bagi mengenalpasti masalah serangan oleh virus ini secara tepatnya adalah melalui ujian di makmal. Namun, simptom serangannya sangat jelas pada pertumbuhan pucuk baru tanaman seperti cili. Namun, perlu diambil berat bahawa terdapat beza antara serangan virus dan simptom terlebih baja.

Ya. Jika terlebih baja, pokok juga akan akan menunjukkan simptom seakan sama seperti terkena serangan virus.

BACA: Perbezaan Daun Cili Menjadi Kerinting Disebabkan Virus Dan Terlebih Baja

Dengan pendedahan yang tepat berkenaan simptom dan tanda ini sebenarnya memudahkan urusan untuk kita merawat kembali tanaman kita dengan kaedah yang sesuai. Sesuai dari sudut kos, masa dan efektif dalam menyelesaikan cabaran yang dihadapi.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.