Menu Berbuka Puasa Ramadhan, Popia Burger Berkeju

Nota Editor: Kali ini kami berkongsi resepi yang menarik dan sangat mudah iaitu Popia Burger Berkeju. Nampak sedap kan? #makancili #cilibangi

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Kali ini kami berkongsi resepi yang menarik dan sangat mudah iaitu Popia Burger Berkeju. Nampak sedap kan? Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas.

Jom jadikan sebagai juadah berbuka puasa. Three in one. Popia, Burger dan Keju. Resepi ini hasil perkongsian dari blog Amie’s Little Kitchen. Selamat Mencuba.

 

Popia Burger Keju. Foto: Amie's Little Kitchen
Popia Burger Keju. Foto: Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

- Iklan -

Kulit popia secukupnya
1 biji putih telur
Minyak
Secubit garam / perasa pilihan – jika perlu

Bahan inti:

6 keping burger daging – hancurkan
1 cawan hirisan lobak merah
1 cawan jagung tin
1 labu bawang besar – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
3 sudu makan keju parmesan
200 gram keju cheddar – diparut

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan burger daging, lobak merah dan jagung. Gaul sebati.
3. Tambahkan keju parmesan dan keju cheddar. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
4. Jika suka masin boleh tambahkan garam, tapi Amie tak bubuh sebab burger dan keju sudah cukup rasa.
5.Letakkan inti secukupnya di atas kulit popia, lipat kiri dan kanan dan seterusnya gulung serta lekatkan dihujungnya dengan sedikit telur putih.
6. Goreng popia di dalam api sederhana panas. Bila warnanya kuning keemasan, angkat dan toskan.
7. Hidangkan bersama sos pilihan, atau makan begitu saja.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.