Menu Sahur #15 Ramadhan, Ayam Teriyaki

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

~Bersahur bersama Ayam Teriyaki~

Ayam Teriyaki membuka selera sesiapa sahaja dengan hanya baunya. Sajian yang ringkas ini amat sesuai untuk dijadikan juadah bersahur. Mudah dan sedap.
Jom cuba. ^_^

Ayam Teriyaki. Foto: thejanechannel[dot]com

- Iklan -

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau bahagian ayam yang tidak bertulang
2 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
1 inchi halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh minyak bijan
Bijan untuk ditabur
Lobak Merah dan sayuran lain (sebagai hiasan)
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau semalaman.
2. Panaskan kuali non stick dan panggang ayam.
3. Tutup kuali, buka sekali sekala dan apabila ayam kelihatan hampir masak, terbalikkan.
4. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
5. Apabila ayam dah masak, bolehlah dihiris nipis ayam tadi dan taburkan bijan di atasnya.

Sumber : Mama Dee Kitchen


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.