Pakar Kimia Ini Menjelaskan Kenapa Cili Membuatkan Lidah Rasa Pedas
Air mata keluar bagaikan tiada tanda untuk berhenti, lidah rasa terbakar, kembang kuncup mulut menyedut sebanyak mungkin udara untuk meredakan sesuatu yang sedang meledak dalam mulut.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Air mata keluar bagaikan tiada tanda untuk berhenti, lidah rasa terbakar, kembang kuncup mulut menyedut sebanyak mungkin udara untuk meredakan sesuatu yang sedang meledak dalam mulut.
Tidak lain, ini semua adalah penangan rasa pedas yang teramat sangat apabila memakan sesuatu yang terkandung cili ataupun tergigit cili api secara tidak sengaja. Semua tahu bahawa cili sangat sinonim dengan rasa pedas, tapi penyebab menjadi pedas itu masih ada yang tidak ketahui.
Ada yang kata disebabkan biji banyak, cili menjadi pedas. Beberapa andaian lain turut dikaitkan. Namun, seorang saintis dari American Chemical Society ini bertindak menjelaskan punca kenapa cili ini menjadi pedas.
Lidah Rasa Pedas Seperti Terbakar
“Benda sekecil ini boleh membuatkan seseorang menangis,” jelas ahli kimia tersebut.
“Rasa terbakar pada mulut itu adalah disebabkan oleh kapsaisin: sesuatu yang tidak berwarna, tidak berbau dan kandungan bahannya yang sangat tinggi di dalam tisu cili.”
Bahan kimia ini akan mengikat di sel-sel dalam lidah yang dipanggil sebagai reseptor TRPV1, yang mengesan rasa pedas.
“Otak kita kemudian akan menghantar isyarat kimia kepada badan kita yang memberi arahan kepada kita untuk mengeluarkan bahan kimia ini daripada sistem badan SECEPAT MUNGKIN,” kata ACS lagi.
Semakin Banyak Air Diminum, Semakin Pedas
“Inilah sebabnya mengapa hidung kita mula mengalirkan lelehannya, air mata mula keluar dari mata kita dan kita juga mahu minum sesuatu yang sejuk.”
“Badan kita melakukan semua perkara yang boleh untuk memastikan bahan tersebut keluar, atau sekurang-kurangnya untuk menghentikan bahang panas itu.”
“Sebenarnya dengan meminum air, ini akan menyebabkan capsaicin tersebut merebak ke sekeliling mulut, ini akan menambahkan lagi rasa sakit,” tegas ahli sains tersebut.
Makan Ais Krim Atau Minum Susu
“Meminum susu atau ais krim secara aktif boleh menarik molekul kapsaisin keluar dari reseptor TRPV1 anda. Bahan tersebut akan melarutkan, memberikan anda gula, dan rasa manis yang melegakan.”
Padan lah bila minum air rasa pedas itu tak hilang. Makin banyak air yang diminum, makin pedas pula. Baca juga artikel kami berkenaan rasa pedas cili ini di bawah:
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.