Panduan Membancuh Pekatan Baja AB Fertigasi

Lokasi rakaman video ini dibuat di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat. Rakaman ini dilakukan semasa proses pemasangan sistem fertigasi cilibangi sebanyak 100 polibag.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Baja AB ini bukanlah baja yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Baja AB ini juga bukan sahaja digunakan dalam sistem fertigasi, bahkan turut digunakan dalam sistem hidroponik.

Di dalam artikel Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi, saya ada sentuh berkenaan perkara yang sama. Namun, kali ini sedikit pertambahan dari sudut penyampaian dalam bentuk video.

Lokasi rakaman video ini dibuat di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat. Rakaman ini dilakukan semasa proses pemasangan sistem fertigasi cilibangi sebanyak 100 polibag.

Bahan Persediaan Sebelum Membancuh Baja AB

Perkara yang paling penting dalam aspek bancuhan baja AB ini adalah:

- Iklan -

  1. Penyediaan 2 tong stok bersaiz 10L atau 100L. Bergantung pada saiz pek baja yang dibekalkan.
  2. Labelkan tong kepada A dan B, mengikut label yang dipaparkan pada set baja.
  3. Masukkan setiap satu set baja kepada tong yang telah siap dilabelkan.
  4. Kacau larutan baja sehingga sebati. Sebaiknya dikacau larutan tersebut pada arah lawan jam.

Pantang larang dalam bancuhan baja AB:

  1. Elakkan mencelup Electroconductivity Meter (EC Meter) ke dalam larutan stok baja AB yang dibancuh.
  2. Elakkan campuran dua larutan stok baja AB.
  3. Jauhi daripada anak kecil dan pastikan bekas yang digunakan adalah bertutup.

Untuk program membancuh baja AB ke dalam tangki air baja dengan menggunakan EC Meter, tutorial tersebut boleh dirujuk di Langkah Melarutkan Stok Baja AB Ke Dalam Tangki Air.

- Iklan -

Seandainya saudara mempunyai persoalan tambahan, boleh ajukan di ruangan komen di bawah.

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Izz berkata

    Apa Unsur untuk muluruskan buah terung??sy buat fertigasi terung..buah xberapa lurus…dn apa unsur utk bg buah jadi besar dn berat??

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Izz yang dihormati,

      Untuk pembajaan terung, kadar nisbah elemen baja untuk cili dan terung lebih kurang sama. Kebiasaan yang menjadikan buah tidak lurus ini ada kaitan dengan serangga. Ada bahagian bunga sebelum proses pendebungaan berlaku telah diserang oleh serangga yang menghisap cairan di dalam bunga tersebut.

      Untuk buat buah besar dan berat adalah unsur K, potassium tuan.