Panduan Video Pindah Tanam Anak Pokok Cili Dalam Polibag Atau Pasu

Kesilapan dalam proses pindah tanam anak pokok ini bakal memberi kesan pada proses pertumbuhannya.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Proses pindah tanam anak pokok cili memerlukan pemerhatian yang tinggi.

Ini bertujuan untuk mengelakkan akar pokok yang sangat sensetif ini daripada rosak. Jika salah cara proses pemindahan, ini akan menyebabkan proses pertumbuhan pokok terjejas.

Kesilapan Pindah Tanam

Simptom yang biasa kelihatan adalah pada keesokan harinya. Saudara akan melihat anak pokok tersebut kelihatan layu dan tidak mahu pulih seperti pokok yang sihat.

Seandainya berlarutan, ini akan menyebabkan pembaziran baja terus berlaku. Sebaiknya, anak pokok tersebut disulam (diganti) dengan anak pokok yang baru.

Proses ini sangat memerlukan pemantauan yang tinggi, terutama apabila saudara menggunakan tenaga kerja daripada pekerja asing.

Kebanyakan pekerja asing ini tidak semua yang cekap atau mahir dalam aktiviti pertanian. Sudah menjadi tanggungjawab kepada pengusaha atau pemilik ladang untuk menunjukkan langkah yang tepat kepada pekerja tersebut.

Mitos Tangan Sejuk Tangan Panas

Pendapat saya, tiada istilah tangan panas atau tangan sejuk. Teknik atau skill yang memainkan peranan penting dalam perkara ini.

Teknik ini boleh dilatih dan bukan bersifat bakat semula jadi. Jika tepat caranya, pasti tiada masalah pada peringkat pertumbuhan pokok.

pindah tanam anak pokok cili
Tanam sehingga jadi dan dapat dituai hasilnya.
- Iklan -

Cabaran diperingkat pertumbuhan pula lain, bukan boleh diambil mudah. Namun, asasnya adalah proses pindah tanam yang betul. Tanpa anak pokok yang sihat, hasil cili juga terjejas.

Seandainya saudara ingin membaca panduan bergambar, langkah demi langkah proses pemindahan ini dilaksanakan, saudara boleh rujuk artikel Pindah Tanam Anak Pokok.

Kesimpulan

Proses pemindahan anak pokok cili ini nampak mudah. Namun, jika tidak tepat kaedahnya, pertumbuhan pokok akan terjejas.

Latihan dan tunjuk ajar sangat perlu dalam melatih pekerja-pekerja baru. Saudara tidak boleh anggap pekerja tersebut tahu melakukan proses pemindahan tersebut.

Biarpun kecil, semua proses kerja di dalam ladang perlu ada Standard Operation Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi. Langkah ini sangat berkesan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan ‘rompakan’ wang syarikat.

Seandainya, saudara masih mempunyai pertanyaan, pegawai cilibangi boleh dihubungi melalui saluran berikut:

  • Klik FB Messenger untuk berhubung melalui aplikasi facebook messenger.
  • Klik Whatsapp untuk berhubung melalui aplikasi whatsapp.

Produk cilibangi boleh juga didapati di kedai online kami di sini.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.