Pasar Tani Kekal Akan Diwujudkan di Kulim – FAMA
Melalui pasar tani kekal, usahawan setempat dapat menjalankan perniagaan setiap hari selain memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan produk segar.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
KULIM, 1 Nov — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal mewujudkan Pasar Tani Kekal di kawasan seluas 0.5 hektar milik Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) bersebelahan Taman Cendana, di sini tidak lama lagi.
Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya sedang mengeluarkan tawaran kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan tapak dan ia terhad kepada 100 peserta sahaja.
“Sehingga kini di Kedah kita ada pasar tani kekal di Guar Chempedak, Changlun, Sungai Petani dan Kuala Kedah. Penambahan sebuah lagi pasar ini mampu memenuhi keperluan penduduk di Kulim,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Mingguan, di sini hari ini.
Beliau berkata melalui pasar tani kekal, usahawan setempat dapat menjalankan perniagaan setiap hari selain memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan produk segar.
— BERNAMA
Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.