Pegawai Dietetik Ini Berkongsi Informasi Khasiat Cili

Cili merupakan antara sayur yang paling tinggi penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia. Hampir semua kaum di negara ini menggemari rasa pedas cili tersebut.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Cili merupakan antara sayur yang paling tinggi penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia. Hampir semua kaum di negara ini menggemari rasa pedas cili tersebut.

Tidak salah jika saya katakan, cili ini boleh diibaratkan sebagai ’emas merah’, dek kerana sangat diperlukan dalam rutin pemakanan seharian.

Jika sehari tidak makan cili, amat terasa kekurangannya. Apabila makan, pasti mahu rasa pedas dalam salah satu lauk yang dimakan.

Cerita berkenaan cili dan pemakanan ini, pasti tidak terlepas kepentingan khasiatnya dengan kesihatan tubuh manusia. Tentulah, apabila kita makan sesuatu, kita mahukan makanan tersebut memberi kesan positif kepada tubuh badan.

- Iklan -

- Iklan -

Tuan Muhammad Hazrin Bin Husin berkongsi tentang khasiat cili.

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini TV3, pegawai dietatik, Tuan Muhammad Hazrin Bin Husin, berkongsi maklumat berkenaan khasiat cili dalam kehidupan seharian.

Khasiat cili kepada penggemar pedas:

  1. Cili benggala, kaya dengan Vitamin C, A, E, dan B.
  2. Kandungan Vitamin tersebut, dapat meningkatkan antioksidan yang membantu mengelak berlakunya pembentukan kanser.
  3. Kandungan Capsaicin dipercayai mengurangkan selera makan yang mungkin membantu dalam usaha menurunkan berat badan.
  4. Pedas tidak sesuai kepada mereka yang menghidap gastritis, GERD, Mouth Ulcer, Sore throat.
  5. Pengambilan Capsaicin terlalu tinggi tidak baik kepada kesihatan.
  6. Ada kajian yang dijalankan dalam mengenal pasti kaitan jumlah capsaicin yang tinggi dengan pembentukan sel kanser.
  7. Kesimpulan:
    a. Makanlah secara sederhana dan pelbagai.
    b. Dapatkan nasihat diet dari dietitian.

KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Malaysia Hari Ini TV3
Via Muhammad Hazrin Bin Husin

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.