Perbezaan Daun Cili Menjadi Kerinting Disebabkan Virus Dan Terlebih Baja

Simptom terlebih baja memang hampir sama dengan simptom daun kerinting akibat virus.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Kesan Terlebih Baja. Sumber: The Hot Pepper
Kesan Terlebih Baja.

Jika dilihat dengan teliti, betapa banyak baja diberikan kepada pokok. Lihat pada permukaan tanah dalam polibag ini.

Dipenuhi dengan baja NPK sahaja, tanahnya tidak kelihatan. Daun pula kelihatan kerinting dan seakan berpenyakit.

Simptom terlebih baja memang hampir sama dengan simptom daun kerinting akibat virus.

BACA : Panduan Pembajaan Pokok Cili

Bezanya, simptom virus bermula dari pucuk, pucuk bertukar warna hijau cair seterusnya berkedut/kerinting.

Manakala simptom terlebih baja biasanya daun akan berwarna hijau pekat, daun menebal, daun menjadi hangus di sekeliling dan daun berkedut. Tetapi pucuk masih sihat. Perhatikan bezanya.

Disebabkan Virus. Sumber: Cik Puan Maz Linda
Disebabkan Virus.

Adakah perlu semburan kawalan serangga?

Ya, amat digalakkan. Dengan melakukan aktiviti semburan, serangan serangga perosak dapat dihindarkan dan dapat mengawal penyebaran penyakit kepada pokok-pokok yang sihat.

BACA : Semburan Kawalan Serangga Perosak

Semburan kawalan serangga yang berjadual ini sangat membantu menghindarkan serangan serangga perosak.

Cara semburan juga ada tekniknya. Bukan hanya sembur ala kadar sahaja. Kebiasaan amalan penanaman cilibangi, semburan kawalan serangga ini perlu dibuat pada keseluruhan pokok.

Sembur pada bahagian atas dan bawah daun. Biar sempurna dan rata. Ini dapat memastikan tiada serangga yang berlindung di bahagian bawah permukaan daun. Serangga seperti aphid dan bena putih sangat gemar berada dibahagian bawah.

Ini berdasarkan faktor bahagian bawah daun yang redup dan jarang menerima gangguan luaran. Jadi tidak pelik jika kelihatan daun daun yang diserang menjadi melengkung ke bawah.

- Iklan -

Semburan kawalan serangga apa yang sesuai?

Sebaiknya analisa dengan baik terlebih dahulu. Jika disebabkan penyakit, kita perlu bersedia dengan kemungkinan untuk membuang pokok yang telah rosak.

Ini bertujuan untuk mengelakkan serangga seperti aphid dan bena putih ini menjadi agen merebak penyakit kepada pokok-pokok yang sihat.

Jika pokok dilihat sihat dan tidak berpenyakit, kawalan serangga seperti Repellente digunakan.

Repellente ini bertindak sebagai penghindar serangga organik dan tidak bersifat membunuh.

Ini bermaksud, jika anda sembur kawalan serangga repellente ini pada pokok cili atau pokok-pokok tanaman anda yang lain, serangga seperti aphid dan bena putih ini tidak gemar untuk hinggap pada pokok tanaman anda.

Selain bena putih dan aphid, Repellente 2 ini sangat berkesan untuk di menghindar serangan lalat buah.

BACA: Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah

Adakah repellente ini hanya berkesan pada pokok cili?

Tidak. Sebenarnya pokok sayuran anda yang lain juga boleh disembur dengan kawalan serangga Repellente ini. Tidak merosakkan pokok, bahkan pokok nampak lebih sihat dan membesar dengan sempurna.

Klik Repellente untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk kawalan serangga.

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber The Hot Pepper Cik Puan Maz Linda
Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Intan Baharuddin berkata

    Assalamualaikum….pokok cili sya mmg ada masalah lalat putih & daunnya mula kerinting, bunga gugur & putik buah x byk yg lekat.Skrg lalat putih sudah berkurangan & cili kering kerinting China sya yg plg ok serta pulih & mula galak berbunga semula sedangkn cili Jalapeno Early Amerika byk berbunga tp, putik buah x byk yg lekat &,pucuknya berkerinting lbh2 lg di kawasan putik bunga nk keluar.Saya mmg ada membaja x lama dahulu dgn baja humus Jepun /organik @ baja kopi sb berbau kopi…hihiii…adakah ini.berpunca dr dos baja berlebihan @ serangan virus? Tq